Bolehkah saya berbangga jadi pelajar aliran sekular?
Saya berbangga jadi pelajar aliran sekular. Confirm kontroversi lepas nim. Wakaka.
Tak tahu la mcmana nk tulis. Hehehe.
Sekular nie maksudnya memisahkan agama dan aspek lain dalam sesuatu.
Berbangga nie bukan bermaksud aku sokong sgt nk jadi pelajar sekular nie. Nabilah lagi sejuk tengok budak-budak yang belajar ilmu agama. Pndai ilmu QuranIlmu mereka lagi tinggi dari aku yang belajar bukan aliran agama. T.T
Dulu, nabilah rasa kenapalah aku nie belajar sistem sekular nie. Tapi bila aku fikir balik, ustazah pernah cakap kt nabilah, jangan mudah perkataan "Kalau". Allah dah takdirkan kita kat sini, kita kena redha. *REDHA bukan PASRAH. =)
1.SOALAN-SOALAN YANG SENTAP.
Antara soalan-soalan yang buat nabilah sentap sampai dagu ialah:
"Awak ambil aliran agama kat UM tu?".
"Eh, tak la. Nabila ambil antropologi".
"Owh, antropologi dan dakwah?"
"Bukan, antropologi dan sosiologi,bawah Fakulti Sastera dan Sains Sosial".
Dan senyum.
For the first time, dalam fasa pertama. It makes me annoyed. Nabilah pernah marah-marah dengan berprinsip "pakai macam nie bukannya hak eksklusif untuk student yang beraliran agama sahaja". Tapi dah lama-lama,alhamdullilah. Nabilah berfikir secara positif. Mana tahu doa mereka makbul. Nabilah cuma aminkan saja. Mana tahu juga, doa ini turun kat little caliph nanti. Jadi ustaz dan ustazah yang mendoakan nabila dunia dan akhirat kan?. hehe..
2. PAKAI MACAM USTAZAH.
Nabila aminkan doa ini. Tapi ternyata nabilah bukanlah seorang ustazah dan bakal ustazah. Nabilah adalah bakal ahli psikologi dan sejarah =) Mungkin juga satu hari nanti adalah seorang suri rumah dan usahawan. =)
Berpakaian ni bukan hanya untuk yang bergelar pelajar tapi MUSLIM. Nabilah seorang muslim dan InsyaAllah akan beristiqamah dalam berpakaian sebegini. Doakan tau!
3.BELAJAR SEKULAR NIE TERUK!
Pernyataan yang nabilah pernah dapat sampai sekarang ingat. "Hantar anak pergi belajar sekular tu macam hantar anak ke neraka. Mengaji Quran pun tak boleh nanti. Nanti mak ayah mati, baca yassin pun tak reti.". Gulp. Masa tu nabilah dalam form 3*rasanya. Start dari peristiwa tu nabilah selalu salahkan mak dan ayah nabila kenapa tak hantar nabila pergi kelas fardu ain, pergi sekolah agama. Tapi bila dah matang, alhamdullilah, baru paham. Ada hikmah Allah hantar.
Prinsip "Liar".
Ramai yang cakap orang belajar sekular ni "liar". Nabilah pun tak nafikan "liar", Tapi bukan semua. Hanya segelintir.
Tapi biasalah "stigma".
Yang ni bagus dan yang nie tak bagus. People can't stop talking. Just let it go. ^_^
"Tak menjaga ikhtilat".
Memang. Ramai di fakulti. Ikhtilat nie maksud dia pergaulan lelaki dan perempuan. Tapi jangan lupa juga ikhtilat itu bukan hanya yang nampak. Yang tak nampak juga ;)
Mesej kat phone pun sama juga :p
4.RUGI BELAJAR TAPI TAK DAPAT PAHALA AKHIRAT.
Ouch. Sadis ngat eh ayat nie. Nabila juga macam tu. Fikir macam nie. Tapi sekarang dah tak lagi. Sebab apa? Sebab bukan jenis ilmu yang perlu dilihat. Tapi ke mana ilmu itu disalurkan. Adakah ke jalan Allah atau campak ja ke laut. Biar nampak gah!
Lihat sejauhmana keberkesanan ilmu itu dalam Islam.
Sahabat nabilah pernah cakap kat nabilah "Orang barat*yang dikata-kata bawa propaganda mengkaji AlQuran sampaikan ada tahap orang Islam sendiri belum mampu buat. Sahabat pernah beli buku yang ditulis oleh orang Barat tentang Islam. Ada yang kita sendiri pun tak pernah tahu. Bila dikaji balik, masyaAllah. Benar. Tak semestinya belajar ilmu "Barat" ini status langsung tak berguna.
Allah ukur melalui TAQWA.
So,kepada sesiapa yang berada di situasi nabilah, jangan dok sedih-sedih nah. Allah tahu yang mana terbaik untuk hambaNya. Allah pilih kita dijalan ini dengan ber"HIKMAH". Ada sebab. Yakin dengan Allah.
5.SEKULAR MENGAJAR SAYA LEBIH TERBUKA MENERIMA DAN MEMBERI
Nabilah dah mention kat atas. "Allah pilih dijalan ini dengan berhikmah". Alhamdullilah,nabilah dah jumpa hikmahnya. =)
Orang selalu cakap orang belajar subjek sekular ni berbagai-bagai. Bercitra. Nabilah akui. Dan alhamdullilah, disebabkan persekitaran nie nabilah lebih terbuka dalam menerima dan memberi.
Bagaimana prinsip menerima dan memberi?
Menerima apabila diberi sesuatu ilmu dan memberi sesuatu kepada orang lain.
*eh,semua orang ada la .
Yes,indeed. Everyone has it.
Tapi berbeza kan?
Nabilah pernah dengar orang berbicara. "Aku malu jalan dengan perempuan seksi dan tak pakai tudung".
Nabilah yang dah terbiasa dengan keadaan ini tak pernah malu. Kenapa nak malu?. Sepatutnya lagi malu bila kita tak mahu bantu. Nabilah ramai kawan yang masih free hair, yang pergi kelab malam, yang social life dia tak mcm Islam. Seperti kata seorang kakak yang saya kagumi, inilah padang dakwah yang sebenar. Aku lebih suka sampaikan Islam ikut cara mereka. Bukan hanya HENTAM!CACI! MAKI!. Islam tak pernah ajar macam tu kan?.
seriesly,sometimes i feel angry with the other "people" yang selalu nak kias-kiasa bagai. Jadilah perempuan seperti coklat yang dibalut dengan cantik bukan yang dibuka plastik dan dihurung dengan lalat. Kau tahu macamana rasanya bila ada status mcm nie?? USELESS. Macam perempuan yang hina tak dak maruah.
Best disamakan dengan lolipop busuk dibuang dalam tong sampah!
Kadang-kadang kita lupa kan? Nak bagi orang tahu Islam itu indah tapi dalam masa yang sama kita perlihatkan Islam itu dalam erti kata sebaliknya.
Konklusinya, apapun ilmu yang ada yang membezakan kita hanyalah sejauhmana kita gunakan ilmu di jalan Allah. =)
Tidak kira kita dalam aliran agama atau sebaliknya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.
No comments:
Post a Comment