Kisah 2: Pak cik bas yang baik hati. Semoga Allah beri hidayah kepada beliau.
Hai guys.. jumpa lagi.. Rajin lagi mengupdate kan?
Entri nie yang aku dah janji nak bgtau korang.
Ada something special yang Allah izinkan ia berlaku.
kisah ni bermula bila kami satu kumpulan bergerak secara solo dan sendiri ke Gwangju.
Sebab apa? Tiket murah punya pasai.
Kami turun kat Busan 29 haribulan.
Kalau ikut penjadualan yang dah diberi,kami sepatutnya fly 31 August atau 1st aug.
Ada pick up service. (tapi kena bayaq 30,000 won ) *darab sendiri dengan RM3.09/1000 won.
For the first time, we arrived in Busan, We took a train. 3 stesen ja. Series. Kemudahan dia terlalu moden sampai takot nk pakai. wakakaka. *tapi kalau tak try bila nk naik train.
Train guna coin mcm Malaysia jugak tapi cara nk mendapatkan tiket tu agak kelakar. :D
Coin nie dipanggil "boarding pass".
Nabilah dengan selambanya pergi tunggu depan mesin untuk ambil boarding pass .Oh,rupanya coin. =,='
Malu p sat.
Lepas tu kami naik train.
train kami naik nie sampai ke Sanyang.
Sampai kat situ kami turun.
Dan berjalan ke terminal.
Jom layan gambar dulu.
Alhamdullilah,Allah telah bantu untuk permudahkan perjalanan kami.
Allah hantar seorang pakcik bas yang sgt baik hati, T_T
Benar. Perancangan Allah itu lebih istimewa.
Saat kami tercari-cari dan takut dengan tempat yang kami nk tuju.
Hanya berpandukan email daripada CNU.
Kami cari dan beli sendiri tiket bas.
Ini bukan Malaysia yang dah biasa.
ini bumi yang belum pernah kami jejak.
Tiket yg kami beli tu adalah tiket yang paling last dalam perjalanan masa tu.
Alhamdullilah,ada jodoh dengan pakcik bas.
Pak cik nie dah la angkat semua beg kami yang berat-berat. Orang nk tolong pun tak boleh.
*mungkin dah jadi budaya kat sini.
#selingan: pemandu bas kat sini sgt berbeza dgn Malaysia. Allah T_T
Setiap kali nak memandu kata-kata maaf diberi dan senyum. Walaupun perjalanan ambil masa yang lama..
Bila kami sampai di terminal bas Gwangju, hujan lebat.
Kami pun nk lari untuk pergi ke tempat untuk ambil barang masing-masing tapi pakcik tu ckp tak payah sebab hujan dan suruh tunggu bawah bumbung. (ckp dalam bahasa Korea)
Lepas tu pakcik tu dapat tahu bahawa kami sedang cari taxi untuk pergi ke Uni. Pak cik tu ulang alik col taxi dalam hujan!
Allah.. Ada lagi orang yang berhati mulia,
Lepas tu,dia angkat beg-beg kami tanpa diduga dan suruh kami ikut dia.
Kami minta untuk angkat beg dia tak benarkan dan jalan dengan lajunya untuk kejar taxi.
Dia cakap kat Aaron (satu-satunya org yang boleh menulis dan bercakap dengan agak lancar dalam bahasa Korea dalam kalangan kami) .untuk tunggu bawah bumbung lagi . Bayangkan pakcik tu pergi tanya taxi satu persatu untuk cari taxi yang tawarkan harga yang paling murah. Dalam hujan!
Dia yang tolong angkatkan beg dalam taxi.
Dan antara benda yang paling nabilah bangga dan terharu dengan intergriti pakcik nie.
Sebelum kami bertolak,dia ambil gambar no plat kereta sebagai jaminan yang kami akan selamat sampai ke destinasi.
Allah..
Nabilah harap pak cik tadi dapat hidayah dan Allah mudahkan rezeki pakcik.
Nabilah yang belajar nilai-nilai pun belum mampu buat lagi. ^_^
No comments:
Post a Comment