Wednesday, 18 September 2013

BUmi Korea satu tarbiyah 2# Belajar erti sebenar perkataan "muslim"di bumi asing.


Hai guys. Lama bebenor tak update. Lepas cek earning serupa dengan tulis banyak. Haha.. Just kidding.
Hari tu nabilah dah tulis entri pasal ni. Tapi tak detail.http://nabilahsikecil.blogspot.kr/2013/08/menapak-dibumi-korea-satu-tarbiyah.html  haha.. *rajin la pulak. 

berada di bumi asing yang tak pernah jumpa orang Islam di kawasan berdekatan sgt menguji kesabaran dan keimanan. Allah. Tapi kuatkan hati juga. Sebab apa? Sebab Allah hantar ke sini dengan berhikmah. Kita yg belum sedar. Seriesly,for the first time, rasa mcm nak balik Malaysia dengan cepat-cepat. Tapi bila fikir balik. Sampai bila mahu berada di negara sendiri tanpa merasai bagaimana rasanya berada di negara orang. Negara yang seratus peratu berbeza budaya, adat resam,makanan dan sebagainya dari tempat kita. So, nabilah ambil ini sebagai cabaran dan pengajaran. Yang elok ambil, yang tak elok, jangan buang tapi perbaiki.

Antara halangan-halangan mcm nabila cakap kat entri yang lalu:
1. Makanan dan minuman.
Nabilah sekarang di gwangju. Sangat susah nak dapat makanan yg totally dari muslim. We just take a vege dan ikan. Tu pun kadang-kadang nasi kosong. Sometimes roti kosong dan pizza. *setelah diseleidiki beberapa kali. Nak dapat makanan yang halal kena naik bas dan train. Naik bas dalam 20 minit. Naik train dalam 30 minit. Tambang? Toksah dok tanya la.. haha.. bas 1200 won (dalam 4 ringgit) dan train 1200 won jugak. Pergi dan balik. Lepas tu kena jalan kaki pergi ke tempat.
 Actually tempat tu memang diusahakan oleh muslim seratus peratus. Orang dari Indonesia. Restoran yang jual makanan indonesia dan barangan runcit dari negara-negara jiran. (Malaysia,Indonesia dan Thailand!!).
Betapa terujanya nabilah bila dapat makan maggi siam kegemaran. Makan soto ayam yang pedas.!
Semoga Allah redha dengan perjalanan dalam mencari sesuatu yang hak. :)

Ada yang berkata "Dah darurat kan, boleh la makan ayam dan daging". Actually, ayam dan daging diragui ke"halalan"nya sebab proses dalam penyembelihan. Kalau macam kat malaysia memang la boleh makan. Tapi kat sini, kita sendiri pun tak pasti. 
Okey merujuk kepada keadaan darurat. *Dalam buku yusuf al qaradhawi.
"Imam Malik memberikan suatu garisan, iaitu sekadar kenyang, dan boleh menyimpannya sehingga mendapat makanan yang lain".
"Tentang binatang darat, al-Quran tidak jelas menentukan yang haram, melainkan babi, darah, bangkai dan yang disembelih bukan kerana Allah".

Firman Allah*sila rujuk.
"Allah telah menerangkan kepadamu apa-apa yang Ia telah haramkan atas kamu, kecuali kamu dalam keadaan terpaksa." (al-An'am: 119)

"Sesungguhnya Dia hanya mengharamkan atasmu bangkai,darah,daging babi dan daging haiwan yang disembelih(menyebut nama selain Allah), bukan kerana menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya.Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
`
So, kat sini masih ada sayur kan. Masih ada ikan kan. Masih ada roti. 
Ustaz nabilah pernah cakap "makan sekadar untuk meneruskan hidup". :)

Plus:Ingredient dalam tin atau apa2 pun masih meragukan. Perlu tanya dengan orang yang tahu baca bahan :)

Makanan itu kan jadi darah daging kita.
Nanti ibadat kita dan hati kita senang Allah nak terima.

Allah kan maha Penyayang. 
Usaha mencari yang halal penting di sini.!
Biar hanya makan nasi kosong tapi Allah redha. 
kat sini, kita makan nasi kosong.
Kat Palestin,Syria,Rohingya, Somalia?
Bersyukurlah. 
Makanan tu kadangkala satu ujian.
Di tempat kita makan mewah, kat sini apa salahnya berkesederhanaan.

2.Solat.
Masa kita bumi yang asing daripada Islam ni la masa untuk kita didik supaya dekat dengan Allah. Waktu solat kat sini alhamdullilah,nabila tak clash dengan kelas kecuali solat maghrib. :)
Kita nk solat ka tak nak solat ka semua orang tak peduli. Ini antara kita dengan Allah.
Tempat solat??
Memang tak dak masjid dan tak dak surau.!
Kalau nk pergi masjid kena naik bas dalam setengah jam. :)
*lelaki ja pergi untuk solat jumaat. 
Masjid tu hanya sebesar bilik tutorial. tak besar. Moga Allah redha usaha mereka. :)
So,korang solat kat mana?
Solat kat tepi tangga, depan lif, tempat penjalan kaki.
Najis??
Jangan risau, selagi mana kita yakin dan tempat yang kita solat tu tak dak pun najis. sah solat kita. :)
Nanti ada la orang ckp "Tak elok solat kat tempat mcm tu, baik guna surau dan masjid ja. -_-
*Aku harap satu hari nanti orang yang selalu cakap mcm nie dapat teroka dengan lebih luas. :)
Pergi jordan,bercambah orang solat tepi jalan,atas jalan,tepi longkang.
ps:kalau tak jumpa masjid atau surau tak payah solat la..
Sarkastik.. 
hehe.



3.Pakaian.
Alhamdullilah,Allah beri kekuatan untuk terus betistiqamah dalam pemakaian. Satu-satunya orang yang pakai purdah(cadar-orang Indonesia panggil). Sometimes rasa awkward sebab orang pandang-pandang. Tapi bila fikir balik masa ni la nak jadi "real dai'e". 
Masa first day masuk, banyak orang pandang. Tapi i take it easy. Lepas tu macam-macam persoalan yang timbul daripada mereka.
Antara soalan-soalan yang timbul "Why you wearing this cover?". Ada soalan yang paling lawak tapi dalam masa yang sama berguna "Did you wear a foundation?". Dan nabilah pun jawab balik "hehe, nop! it saved my budget monthly". Nabila menjawab persoalan-persoalan yang ada ni dengan penuh berhati-hati dengan bantuan buku dr zakir naik masa pergi kem dakwah non-muslim tempoh hari. Alhamdullilah.
Sampaikan ada satu scene pak cik nie tgok ja nabilah, dan nabilah beri tunduk hormat. Then,he asked me(in korean language). "Why you wear this cover" #paham sebab dia tunjuk muka dia.. haha. Nabila pun jawab la. "Chonan muslim imnida". Oh,muslim??. De. hehe.. pak cik tu pun senyum dan lambai.
Sepanjang kat sini, tak pernah merasa mcm depa tak leh terima nabilah bila pakai mcm nie. Tapi makin rapat. Dan nabilah pun rasa, perhubungan nabilah dgn non-muslim lebih baik daripada dulu. Selalu makan sekali, kongsi makanan, kongsi cerita. hehehe. Presentation dlam kelas pun, alhamdullilah, mereka terima. Terasa Allah permudahkan urusan nabila kat sini. :)

Actually,ramai exchange students dengan full time yang tak pakai tudung, sexy. Roomate nabilah sendiri pun. Tapi nabila jadi tak kisah nak bergurau,berjalan,makan sama-sama. Sebab nabilah tahu tugas nabila kat sini selain belajar. I just take it as my task. Mungkin Allah pilih kita untuk bawa orang lain ke jalan Allah. ;)
Nabilah senang bila dia tanya waktu solat, pasal haid, cara pakai tudung walaupun dia life dia tak mcm Islam.  Dan dia dah start solat walaupun tak penuh. Nabila pun tahu ramai sgt orang yang kutuk dia, Tapi Nabila tak kisah nak kawan dengan mereka sebab mereka pun makhluk Allah juga. Mana tahu satu hari nanti dia jadi lebih baik dari kita. Hati manusia Allah yang pegang. Hew2..

Tapi dalam kegembiraan ini, ada satu musibah yang Allah timpakan. We need to take off our hijab untuk alien card. Allahu T_T. Dah berusaha sedaya upaya turun naik. Lawan. Tapi tetap tak boleh. Tapi kak yuni cakap. Tak pa, lupakan dulu harta dunia. Nabilah pun rasa mcm tu. Apalah sgt nk beli sekeping kad sim,kad bas dengan harga sebuah aurat yang Allah pelihara, jaga aib. Terlalu tinggi harga sebuah aurat jika dibanding dengan sebuah telefon,sekeping kad bas dan sekeping kad sim. 
T_T
Terasa penindasan di bumi yang asing..

Kat sini,korang nak pakai mcmana pun ikut suka. Tak pakai apa pun tak pa. Tapi selagi ada iman dan kasih sayang. Tak tergamak untuk melakukan. :)
Sekarang nie baru nak masuk autumn. maknanya panas lagi. Buddy nabilah yang super sexy*hehehe(but i do love her very much sebab dia cantik dan baik) asked when we're walking "You guys covering your whole body, it's hot?". Nabilah dengan member pun cakap "Not.it's cold sis!". Tapi masa tu memang sejuk. *bg malaysian. Hew2.. 


Salam sayang dari korea. 
Semoga Allah redha.. ^_^
Sayang korang kerana Allah taala.




No comments:

Post a Comment