Tuesday, 3 September 2013

Sejuta erti "aurat".


Sampai saat ini, baru terasa berharganya nama itu aurat. Berada di bumi yang asing.
Terasa sebak bila aku teringat masa tamrin, jerit "Aku anak panah Islam,campaklah aku kemana sahaja,pasti ada". Tapi bila kat medan sebenar aku tak jadi pun anak panah Islam macam aku selalu laungkan masa tamrin. T_T


Ujian Allah tu dtg juga. Allah uji aku dalam keseronokan. Keseronokan bila impian nk pegang salji, nak rasa sejuk. Nak makan kimchi original tercapai.
Tapi aku tak mampu nk lawan.. Macam aku tak dak kekuatan. Padahal aku ada Allah. 
Masa tamrin juga "Sapa bagi kekuatan?". Aku jawab"Allah". Tapi sekarang? aku tak mampu.
Allah, berat ujianMu.
Tapi aku tahu Allah sedang uji supaya aku kuat dan aku teguh. Dan juga tanda Allah sygkan aku.


Beberapa lama cuba mencari tolak ansur, akhirnya menemui jalan buntu. Yang sampai sekarang aku bimbang dan sebak. Aku tak mampu pertahankan.

Aku mohon semoga aku terus diberi ketabahan olehNya. 

Perlu beli sekeping kad telefon dengan aurat terdedah?.
Mungkin ini jihad. Jihad yang aku perlu jalankan. Mungkin Allah pilih aku untuk berada di jalan jihad ini.
Lupakan sebentar hal dunia . Apa lah sangat harga panggilan telefon dan wi-fi berbanding dengan erti sebuah "aurat".



2 comments:

  1. ALLAH ingin menguji dan sebagai hamba kita harus akur..gambate kudasai..=)

    ReplyDelete