Teruskan bersemangat wahai sahabat! Allah ada.
Selamat petang. kat sini dah pkul 6.30 ptg. Dah gelap mcm pkul 8. Dan dah masuk waktu maghrib. ^_^
Entri nie untuk sahabat-sahabat aku yang tersayang. Hehe.
Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihi.
Kerana Allah aku menulis.
Firstly,aku nak minta maaf kepada sahabat aku yang "shocking" bila aku appearkan aku punya gambar kat fb. Walaupun tak jelas tapi mereka kenal aku. Dan banyak inbox masuk tanya pasal tu. Dan aku ada yang aku belum balas sebab aku rasa belum masanya aku jawab dan aku akan cuba jawab disini. InsyaAllah, aku harap entri ini memberi manfaat kepada sahabat-sahabat aku yang tersayang. Walaupun terpisah dah bertahun-tahun,tapi hampa masih ingat aku. Dari sekolah rendah sampai la sekarang. hehe. terima kasih.. ^_^
Untuk pertanyaan bila aku start semua ini.
Bila Allah sentuh hati aku untuk bermuhasabah atas apa yang aku pernah lakukan selama ini.. ^_^ Aku malas nak cerita apa yang aku buat. Korang sendri yang pernah kenal aku,korang akan tahu.. =)
Sebenarnya aku masih baru, dan aku belum ada kekuatan utk men"figura"kan diri aku. Sampailah aku sampai di bumi asing ini. Aku men"figura"kan diri aku walaupun cuma sedikit. Mengambil sedikit semangat dan dorongan daripada anda semua supaya menjadi lebih bermanfaat. Bukan untuk menfigurakan diri untuk "akhi", "muslimin" menginbox mesej yang aku rasa tak perlu dalam diri untuk pameran. Cukuplah sekadar orang kiri kanan belakang depan kenal. Bukan diluar orang-orang yang aku tak perlu. Tak perlu nk tulis kalimah-kalimah yang membuat orang-orang yang tak berkenaan tulis "Calon isteri dambaan lelaki soleh". Sebab aku tak perlu semua tu. Aku nak chill. Tak terkurung dalam orang-orang yang control aku.
Teruskan melangkah mencapai redha Allah.
Aku pun masih baru lagi. Dan aku rasa tak layak pun nak tulis semua ini. Cuma aku nak doa korang supaya aku terus berada dalam landasan yang betul dan diredhai Allah.Doakan semoga aku istiqamah.
Bagaimana rasanya?
Alhamdullilah,buat masa sekarang,Allah bagi ketenangan yang luar biasa. Doa korang semua jadi penguat. terima kasih kepada yang inbox dan tak lokek bagi nasihat supaya aku kuat. Seriesly,rasa sakit nak bangun masa jatuh ke jalan yang bukan lurus satu masa dulu. Rasa macam tak sanggup nak bayangkan. Aku bangun sendiri. Tanpa ada orang bantu. Tapi Allah tetap ada. Dan aku dah tekad, aku nak bantu sahabat-sahabat aku yang "nak" tapi tak kuat. macam aku dulu.. Hehe.
Aku juga masih manusia yang kurang sempurna.
Formula:
tak payah pedulikan. Tak payah pedulikan apa yang orang cakap. Tak payah pedulikan apa yang orang selalu update. Status yang aku rasa patut korang pedulikan ialah status-status yang mcam nie
"Wanita yg tidak menutup aurat ibarat makanan yg tak ditutup. Sang lalat bebas menghinggapinya".
" prmpuan ibarat gula2.. yg bertudung ibarat gla2 yg brbungkus, yg tidak brtudung pula gula2 tidak brbungkus bila trjatuh ke lantai , yg tidak berbungkus yg kotor"
Tak payah peduli? Sebab apa? Mereka hanya tahu berbicara. Tak tahu pun situasi kita macamana. Aku dengan korang sama ja.. Bukan dari sekolah agama. Bukan dari keluarga yang kuat agama. Tak punya pengetahuan agama yang luas.
tak tahu usrah, tak tahu semua. tajwid pun tunggang terbalik.
Aku juga sama macam korang..
Aku pernah rasa USELESS! bila aku baca status macam nie. Macam orang yang dah tak guna. Tak jumpa jalan keluar. Disamakan dengan binatang yang kotor, benda yang paling bawah. yang paling keji.
tapi dah lama-lama aku buat tak peduli. Sebab mereka menjalankan tugas menyebarkan apa yang depa rasa perlu.
Depa cakap macam tu sebab depa dah tahu usrah,ilmu mereka tinggi berbanding dengan kita. Sebab tu depa selalu merendahkan kita. Sebenarnya, Islam sendiri tak pernah ajar macam tu. Rahmat dan kasih sayang Allah lagi banyak. Konklusinya,jangan peduli. Yang penting, kita usaha. Minta doa dengan Allah. Mohon diberi kekuatan.
Kekuatan
Kekuatan itu sangat perlu dalam diri. Sebab kadang-kadang bila kita bangun, kita kan jatuh kembali. Biasalah, orang yang baru bertatih. Sekejap jatuh, sekejap bangun. Sekejap sakit ,sekejap baik.
Yakin dengan prinsip nie.
"Aku nak buat baik, Allah hantar orang yang baik untuk aku".
Yakin dan bertawakal.
Akhir sekali.
Kerana Allah aku menulis.
Aku harap semoga kita semua terus diberikan hidayah olehNya.
InsyaAllah, kalau ada benda yang aku boleh bantu,aku akan bantu.
teruskan bersemangat dan berusaha. Aku sentiasa di belakang hampa.
Mohonlah dengan Allah supaya tabah dan kuat untuk bangun..
Salam sayang.
Dari bumi dingin.
Korea.
terima kasih dengan perkongsian ini..kadang2 kita berasa kita cukup kuat tapi bila kita baru bangun bertatih akan ada yang menjatuhkan kita semula..k.yah pun berharap ALLAH pegang hati k.yah cm mn ALLAH pegang hati nabilah..doakan k.yah..
ReplyDeleteInsyaAllah kak yah.. nabilah pun masih baru lagi.. Doakan semoga Nabilah istiqamah di jalan Allah. Pengalaman yang lalu nabilah nak gunakan untuk beri manfaat kepada orang lain.. Kita kena terus yakin dengan Allah.
Delete