Saturday, 21 September 2013

Cerita lelaki dan perempuan 2# Halangan dan tegas.


Hai guys..
Hari nie topik kita agak santai.. cer.. gitu!
Kisah lelaki dan perempuan 2#.
Tetiba hari nie tergerak hati nk tulis entri nie sebab dah fikir lama nak buat.. wakaka..
Sesuai dengan title "Blogger yang malas update blog".

Ramai yang kapel kan? Lepas tu, bila ada kempen-kempen cinta ; "bercinta selepas nikah itu Indah", "Cinta yang halal", "Destinasi cinta". Akan terdetik kat hati yang selama nie apa yang kita buat tu salah. Bercinta dengan cara yang tak betul. Sapa cakap cinta sebelum nikah tu haram. Tak haram selagimana mampu. Mampu tak berhubung. Mampu jaga batas dan sebagainya. Tapi persoalannya,terletak kat diri kita. Adakah "mampu"? Mampu untuk tangkis segala. ? Memang kita mampu. Tapi asal buka tb ja ada cerita romantik. Asal buka fb,tweet, ada sweet-sweet. Mampu? Saya tak tahu. Tnya diri sendiri. Mampu atau tidak.
"bermujadah itu pahit sebab pengakhirannya manis". :)

Tapi bila rancang nak ke arah jalan yang halal. Pasti ada halangan. Halangan utama ialah ibubapa. Especially student. Oh,jangan risau. Aku juga mcm tu dulu. Kena tolak mentah-mentah. Rileks la. Chill. It's common. Gilos. Tak pernah-pernah ckp pasal kawen, tetiba hantar mesej nk minta izin kawen. Seperti kata kak yuni" Wrong time and wrong place".. wakakaka. Takkan yang nie pun nk bebai. Sedih? Menangis. Perempuan dgn airmata tak dapat dipisahkan ..Lelaki tak tahu la.. Ombak dan badai dalam rumahtangga lagi besar dari kena tolak mentah-mentah sebelum kawen boh!. Think positif. Allah bagi ikut keperluan bukan kehendak. Ambil masa yang ada nie untuk timba ilmu. Kalot nk kawen, berapa kali khatam buku pasal baitul muslim,buku fardhu ain?. Bacalah, sebab membaca nie mematangkan diri. Misalnya,ramai sgt yang update status"Perempuan nusyuz". Tapi tak ramai yang tahu lelaki juga boleh nusyuz. Ops. Sila baca sendiri. :)
Hadiri majilis-majlis ilmu. *bukan ilmu rumahtangga saja. Yang lain juga. Nanti anak-anak tanya pasal konflik Mesir ka, Syria ka.. nampak sgt tak tau. #peringatan untuk aku juga.

Halangan kedua ekonomi. Kalau kawen awal mestilah ekonomi pun belum stabil lagi.Mungkin ada orang yang pandang ekonomi nie sebagai faktor major selain dari ibubapa. Ramai yang melenting bila sebut pasal hantaran. Haha.. aku juga. Sebab apa? sebab dari pemerhatian aku ramai orang yang perkahwinan dia hanya 4-5 ribu bahagia sampai sekarang. Tapi yang beribu-riban nie tak sampai 10 tahun dah berpatah arang. *malas nk komen pasal nie sebab dari pemerhatian aku ja.. haha.. korang selidik la tempat korang punya.. #tapi tak semua la..^_^. 
Bagi nabilah,parents actually tak tengok pun masa hantaran kawen tuh. Tapi tengok mcmana kita urus wang. Nie kalau setiap minggu dok shopping memang tak la.. Beli kasut la,handbag la.. Kalau kaki shopping macam nabilah nie senang ja nk stop. Buat buku kira-kira. Lepas tu buat list nk beli apa. Beli baju 2 bulan sekali. Lepas tu stopkan makan kat kedai-kedai yang brand-brand. Starbucks,mcD,KFC *bg sapa yang tak boikot la. 

yang tu ja kota halangan utama.. Wakaka..

Tapi ada lagi satu masalah. Sikap suka ambil lewa. Sikap suka ambil lewa nie lebih berat kepada lelaki. *sesetengah ja la.. 
Ada orang yang mengadu kat nabilah "X nie mcm tak mau ambil tahu pasal benda-benda nie". Lelaki. Realiti. Ayah aku pun mcmtu jugak. Sampai lesen expired 5 bulan pun tak sedar sampai la mak yang ingatkan. Kalau nak pergi mana-mana pun sambil lewa ja. Ustaz ilyas cakap lelaki nie "cool". Tapi sometimes cool perlu kena pada tempat -_-.
Actually, bukan dia tak mau ambil tahu tapi suka buat sambil lewa. Bila ingatkan baru nk gegeh. Adigos. 
Perempuan yang agak kurang "cool" nie perlu tegas sebab laki kan cool. Bagitau ayat yang tegas cikit. Kalau tak jadi juga, memang dia belum bersedia. So, jangan fokus kepada benda yang tak pasti. Dia sendiri belum bersedia. Fokus la kepada benda yang dah bersedia. Contoh: kalau korang studying, just focus on study sampai berjaya dan tunggu sampai dia bersedia. *tunggu kat sini bukan maksud kapel balik, Tapi bermujahadah. Kalau ada jodoh, Allah akan permudahkan. Allah akan bg kesediaan. Jangan risau. Kalau bukan jodoh, sekurang-kurang satu fokus dah tercapai. Berjaya dalam pelajaran. "Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. "

Macamana nk buat ayat tegas?.
Part nie yang paling gua suka. Jangan dok buat ayat-ayat sarkastik a.k.a sengal tahap melampau. Nak tahu mcmana? Macam nie "Awak,awak sayang saya tak? Kalau awak sayang saya, kena la kawen cepat-cepat, saya dah lama tunggu awak".. @_@ muntah hijau. Jadillah pasangan yang matang cikit. Dah 20 lebih kan? Nak kawen kan? Belajar jadi yang matang. Nak tengok matang ka tak. Tengok cara mesej. Kalau rasa-rasa belum matang lagi, sila matangkan diri. p/s:Aku dulu tak matang juga,tapi sampai bila nk jadi tak matang. Belajarlah jadi yang matang. *Exclude mesej-mesej mcm tuh -_-  mesej macam tu hanya sesuai untuk budak bawah 18 tahun ja.
p/s: aku bukanlah matang sgt tapi tak dak la sampai unmatured.
Ayat tegas mcm nie "Kalau kamu nk proceed ke step yang seterusnya,silakan. Saya menerima dengan hati terbuka. Tapi kalau belum bersedia, saya akan fokus dalam pelajaran dan tunggu sampai kamu bersedia."
So, kalau dia cakap dia nk proceed, tengok balik usaha dia. Kalau sambil lewa juga. Just focus on your own career without of thinking him/her. Kalau dia betul mahu,dia akan buat persediaan, Dan start langkah. Kalau dia tak mahu,just leave him/her. Bagi dia bermuhasabah sendiri apa yang rasionalnya. Ingat,percaturan nie bukan sesuatu benda yang mudah, Nak kawen bukan sehari dua. 
Jangan risau,kalau dia dah bersedia,dia akan cari balik dan lebih bagus sebab dah halal terus. Kalau dia tak cari balik tu,maknanya dia bukannya jodoh yang tertulis Loh Mahfuz.





No comments:

Post a Comment