Girl’s stuff. Keep talking about marriage, prince charming
and what so ever. Hahaha. No doubt. Gotta admit. I am one of em. Tapi ada
banyak perkara yang aku rasa (ulang : aku rasa) tidak selesa apabila bercakap
dalam soal ini menjadikan perkahwinan itu sebagai matlamat utama dalam hidup
bernama perempuan. Bila aku cakap pasal benda ini, aku rasa aku ala-ala pejuang
tegar feminis.
Aku ada justifikasi aku sendiri kenapa aku ada pandangan
bahawa perkahwinan itu tidak boleh menjadi matlamat utama dalam kehidupan
manusia seolah-olah ianya adalah satu titik akhir kehidupan perempuan. Like
seriously, banyak benda lagi perempuan boleh buat. Ada orang cakap kat aku, mak
ayah kita ok sahaja. Bahagia. Lepas kahwin bahagia. Aku cuma nak beritahu satu
sahaja. ~zaman dah berubah~. Aku rasa sebagai perempuan, aku perlu hadirkan
satu konotasi yang agak ‘negatif’ supaya kita lebih berhati-hati dalam sebuah
perkahwinan. Aku bukanlah nak cakap semua lelaki tidak guna. Tidak! Tidak sama
sekali. Walaupun hanya segelintir sahaja yang memalitkan bau busuk ‘tahi’ lembu
dalam kalangan reputasi lelaki yang agak sado dan maskulin. Kah! Tapi,
perempuan sekarang perlu ada visi dan misi yang jelas dalam kehidupan. Sepanjang
aku melihat perkara-perkara yang berlaku dalam masalah rumah tangga. Kesan yang
paling nampak, ketindasan terhadap perempuan. Tak percaya? Sila lihat, ibu
tunggal yang ‘struggle’ dalam rumah tangga dalam membesarkan anak-anak. Dulu,
aku ada seorang kak angkat. Asal Kuala Lumpur. Mak dia selalu pesan kepada
kawan-kawan perempuan “Bina diri sendiri, bagi ada pendapatan dan berdikari.
Baru kahwin”. Mula aku tak fikir sangat pasal ayat ini. Dah lama aku selidik.
Ada betulnya juga. Frasa orang yang lebih tua ‘makan lebih garam’ mungkin betul
di sini.
Mak akak angkat aku ditinggalkan oleh suaminya seorang diri.
Tanpa sijil pendidikan. Tanpa apa-apa. Dia membesarkan anak dia seorang diri di
Kuala Lumpur dengan menjual kuih tepi jalan sampai anak dia masuk universiti.
Inilah, pengalaman ajar kita supaya melihat dengan lebih jelas. Bayangkan,
dalam dunia ‘Malaysia’ yang sudah melangkah jauh ke hadapan berbanding dahulu,
adakah kita sebagai perempuan mampu untuk ‘survive’ jika berlaku apa-apa
selepas berkahwin.
Sungguh, aku tidak minta perkara buruk yang berlaku apabila
kita mula menapak dalam alam rumahtangga. Tetapi, bayangkan kalau suami
meninggalkan kita sama ada cerai hidup dan cerai mati?? How we gonna survive
without any pendidikan or kemahiran. Aku tidak kisah sama ada perempuan itu
belajar tinggi atau tidak. Yang penting, mulai saat ini, bina nilai (value)
untuk menongkah arus. Aku bagi misalan, perempuan yang belajar tinggi boleh
guna sijil pendidikan yang sedia. Bagi yang sebaliknya, gunakan segala jalan
yang ada untuk kita sebagai perempuan ambil kemahiran. Sekurangnya, kita tidak
menjadi manusia yang pupus dalam zaman. Masa ini, barulah terfikir. Tiadanya
tweet ‘relationship goals’. Relationship goals itu semua orang ada. Tapi, perlu
ingat. Kita harus ada persediaan.
No comments:
Post a Comment