“Malas membaca, malu bertanya dan sesat jalan”. Iqra’ bis
mirab bikal lazi qala’. Bacalah dengan nama Tuhanmu. Seruan Tuhan dalam
Al-Quran mengenai membaca. Malangnya, ramai umat Islam sekarang yang malas
membaca. Sudahlah malas membaca, malu bertanya. Akhir sekali, sesat jalan.
Banyak orang berkata “Jangan baca banyak sangat buku, nanti
sesat ikut barat”. Itu petanda bahawa orang itu sedang mengajar kita menjadi
dungu yang berbunyi bodoh. Nak melakukan sesuatu perkara yang menongkah arus
bukan mudah. Banyak juga halangan.
Kalau kau baca buku falsafah, mereka akan cakap kau liberal.
Beralih kepada hak asasi manusia, mereka akan cakap kau pendokong hak asasi
manusia LGBT. Biarlah. Orang nak cakap apa pun. Yang penting, otak kau tidak
lemau.
No comments:
Post a Comment