Hari ini, aku nak berkongsi cara untuk mendapatkan makanan
halal di Korea Selatan. Bagi aku, yang dilemparkan jauh oleh universiti Malaya
dan Universiti Chonnam yang sudi menerima aku apa adanya *chewaah, makanan
halal di Korea agak susah. Kalau boleh refer post aku yang sebelum ini, ada aku
cerita ‘survival’ makanan masa 6 bulan di sana.
1. Sentiasa periksa laman web
amir Korea. Laman web ini memang sangat membantu masa di sana. Laman web ini
dalam bahasa Melayu, setiap makanan yang direfer kepada mereka akan diberikan
status halal, ragu-ragu dan haram untuk dimakan. Setiap makanan tersebut akan
dinyatakan sebab-musabab. Misalnya, ada ramen yang tidak boleh dimakan sebab
mengandungi gelatin haiwan. Ada ramen yang boleh dimakan sebab mengandungi
gelatin tumbuh-tumbuhan. Korang boleh search laman amir korea. Kat situ banyak
panduan.
2. Interaksi dengan masyarakat
sekeliling. Ini benda serius. Kecuali kalau yang bahagian Seoul, kitaorang akan
tuju itaewon. Syurga makanan halal. *hahahaha* Kalau kat kawasan yang agak
rural sikit, memang kena bercakap dalam hangul. Bertanya dengan ahjumma dan
ahjussi. Tak pun, bina connection dengan buddy korea. Make sure he /she can
speak English. Kalau korang ke Korea, memang berserah sangat lah. Tak lancar
pun, kena cakap juga. Selalu tulis kat kertas, eja. Sadis! Tapi, itulah
semangat nak belajar. Alhamdullilah, ada benda yang aku ingat lagi.
3. Bawa makanan bertin. Paling
selamat! Tapi, kalau macam aku sampai 6 bulan memang keringlah nak bawa
banyak-banyak. Kalau travel untuk backpack mungkin boleh. Lepas tu, beli nasi
yang dalam bekas dan panaskan. Kat korea, dia ada nasi yang ready made. Tinggal
nak panaskan ja. Selalunya, kat kedai-kedai dia akan ada microwave untuk
digunakan. Ada satu pasar raya kegemaran kita orang, CNU. Bolehlah korang nak
makan dalam itu selepas panaskan makanan.
4. 4. Aku pernah kehabisan stok
makanan sebab minggu khinzir universiti. Hahaha. Tak boleh makan. Just makan
roti, nasi kosong, curi kimchi dari cafeteria dan chili flakes. Selang seli
dengan buah dan coklat. Kat sana, boleh makan coklat peppero, snickers, kitkat
dan lotte yang huruf-huruf tu. Tapi aku selalu makan snickers.
5. 5. Aha, makanan kegemaran aku
juga yang dijamin halal. Camchi bab. (Bap = nasi, chamchi = tuna). Dia bentuk
segi tiga. Balut dengan seaweed. Yummmy!
Ok bai.
No comments:
Post a Comment