Tuesday, 1 September 2015

Result praktikum

Hari ini, result praktikum secara tak rasmi keluar. Aku memang dah jangka. Hahaha. Redha. Pengertian redha perlu ada dalam setiap apa yang kita lakukan. InsyaAllah. Tapi, aku memang jenis tak kisah sangat soal result ini. Dapat ok, oklah. Dapat tak ok, tak ok lah.


Aku sebenarnya, dah pasak dalam diri bahawa pergi praktikum ini adalah untuk cari pengalaman dan ambil peluang untuk berdakwah. Cari hikmah apa yang Tuhan bagi. Hari pertama praktikum aku dah jumpa Aufa. He is my son. InsyaAllah, penghuni syurga. Dua hari selepas itu, aku jumpa lagi anak-anak syurga autisme dan sindrom down. Lepas itu, jumpa kes prostitution, akhlak dan sebagainya. Bagi aku, inilah result yang sebenar. Berada dalam lapangan masyarakat. Berderet mesej tanya “Kau tak sedih ka?”. Kahkahkah. Aku dah tiga tahun kawan dengan korang. Takkan tak tahu peel aku. Rileks sudah.  Aku bukan jenis nak kejar A apa kebenda tu. Pelajar terbaik SPM dan STPM itu pun sebab nasib. Family aku pun tak pernah nak tekan untuk kejar A. Bertenang.

Sebab apa aku rasa aku tenang masa tengok praktikum tapi kawan-kawan lain dah gelabah?

Sepanjang praktikum, aku rasa bertuah sangat sebab Tuhan hantar aku ke situ. Baru aku tahu betapa umat Islam sekarang semakin tenat. Maha Suci Tuhan lagi mengetahui segala. Kalau kawan-kawan aku mungkinlah di pejabat. Tidak kepada aku. Aku berada dalam kehidupan masyarakat yang sebenar. Bersama sesi kaunseling perempuan yang di bawah pengaruh dadah, mental, pelacuran, hamil luar nikah. Kes penderaan, rogol, liwat dan sebagainya. Sampai sekarang, aku masih lagi terasa Aufa di bawah aku. Moga Tuhan merahmati Aufu sayang.  Orang lain tidak rasa semua ini. Tuhan hantarkan aku untuk bersama dengan ahli-ahli yang dijamin syurga Allah. :') 

Sekarang?
Dah tahu?
Hahahaha. 
Chill sudah. 



No comments:

Post a Comment