Wednesday, 2 September 2015

Macamana nak skor dalam subjek politik?

Aku dapat emel ini. Hahaha. Aku pun tak tahu la nak jawab apa. Tapi, insyaAllah. Aku akan cuba jawab. Hope membantu korang!

1.       Fahamkan terms dengan lebih jelas. Ini adalah step yang paling penting sekali. Sebabnya, kalau kita tak faham terms, ia akan menjadi masalah bila masa penghuraian nanti. Kalau tanya aku, aku tidak suka untuk menghafal. Hafalan vs pemahaman. Pemahaman bagi aku sangat membantu. Terutamanya kalau pensyarah yang jenis putar soalan 360. Hahahahha. Lepas itu, kalau pemahaman ini lebih lambat lupa berbanding hafalan. Gotta admit, terms in politics sangat susah. Bagi aku la. Ada terms yang sangat berbeza mengikut definisi tokoh-tokoh tertentu. Melalui tokoh-tokoh ini, pemahaman yang lebih perlu diberikan perhatian. Misalnya, teori atau terms melalui kuasa hegemoni oleh Antonio Gramsci. Penaklukan idea ini sebenarnya bermula daripada teori kelas Karl Marx. Aha, daripada sini kita akan kenalpasti dengan lebih mendalam dalam keadaan sesuatu terms. InsyaAllah, pemahaman ini adalah tidak bersifat deskripsi semata-mata tapi memerlukan kita untuk berfikir.

2.       Banyakkan membaca buku politik. Buku politik ini termasuklah sejarah politik, politik semasa dan sebagainya. Pembacaan yang lebih luas dalam bidang politik sebenarnya lebih meyakinkan kita untuk menjawab persoalan yang ada. Bagi aku, ini adalah key yang penting. Sebab kupasan dalam kertas soalan tidak hanya tertumpu melalui apa contoh yang telah diberikan oleh pensyarah tetapi lebih kepada kita punya kemahiran untuk berfikir.  Bukan buku sahaja, banyakan baca paper yang ulasan politik dia awesome! Dan, selalulah singgah ke laman web obersea macam BBC ka, Times, Canada Report.

3.       Beri tumpuan dalam kelas. Aku jarang skip kelas politik sebenarnya. Samaada minor sejarah politik ataupun major sosiologi politik. Penting ni! Kalau tidak tumpu dalam kelas, memang akan rasa tidak faham masa menjawab peperiksaan.

4.       Niat. Berniatlah dengan nak belajar untuk dapatkan ilmu. InsyaAllah.

5.       Rajinkan diri untuk hadir forum berkaitan politik semasa. Aha! Banyak forum politik sekarang kan? Pergilah, sebab ini adalah satu add value kita untuk tambah ilmu luar kuliah dan luahkan dalam peperiksaan.

6.       Rajinkan diri tengok video ulasan politik semasa sama ada dalam atau luar negara. Buka you tube dan taip apa yang kita nak tahu. Tapi, pastikan seimbang. Kalau boleh, dengarkan ulasan daripada perspektif yang berbeza-beza. Lepas itu, catat point yang penting.

Yang tu ja kot. Harap membantu!

No comments:

Post a Comment