Tuesday, 22 September 2015

Raya bersama anak-anak chow kit.

Malam ini, malam raya. Sedih woi. Tapi, malam ini aku dengan kawan aku nak plan untuk turun bermalam raya bersama anak-anak Chow kit. Dah lama aku tidak turun benda yang sebegini. Sibuk plus tidak ada transport. 

InsyaAllah, sabtu ini. Aku dengan volunteer lain akan bawa anak-anak Chow Kit pergi Aquaria KLCC dan Petrosains!!! Excited. Buat pengetahuan semua, anak-anak Chow Kit ini adalah anak-anak yang tinggal di lorong-lorong Chow Kit atas sebab kekangan ekonomi. Hidup secara tidak terurus. Ada yang dah tidak bersekolah.

Tapi, aku sangat puji kecekalan anak-anak ini. Kalau korang rajin skrol page 'Buku Jalanan Anak-Anak Chow Kit' korang akan tahu perkembangan budak-budak ini. Penganjur akan bawa buku dan sit there for a while. Dalam beberapa jam. Lepas itu, budak-budak ini akan datang baca buku. Yang mana tidak boleh membaca, akan dibantu. Serius, muka budak-budak ini nampak happy sangat kalau dapat buku. Berbeza pula dengan orang yang mampu untuk membeli buku tapi tidak melakukannya. 

Selepas itu, no doubt. Ada yang sangat talented dalam kalangan budak-budak ini. Pergi ke page benz ali. Ada lukisan abstrak budak umur 11 tahun. Abstrak gila. Bakat Tuhan bagi kan :') 

Apa-apa pun. Selamat Hari Raya Haji. Aku raya bersama budak-budak Chow Kit. :) Peace! 

No comments:

Post a Comment