Wednesday, 23 September 2015

Suka itu perasaan sahaja.

Pagi-pagi raya aku sudah mahu mencemarkan blog aku dengan perkara alergik sebegini. Hahaha. Tiadalah alergik sangat, cumanya macam 'rare' sikit aku nak sebut perkara yang begini.

Aku selalu cakap perasaan suka dan cinta itu perasaan sahaja. Boleh dikawal. Kawalan yang bagaimana? Ikut suka koranglah. Kalau macam aku, aku jenis nak elakkan face to face. Tapi, kalau dah terpaksa face to face. Aku redah sahaja. Walaupun, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa jantung aku berdegup kencang, tunggu masa nak terkeluar. *hiperbola sahaja ini. Muka aku pakai purdah. So, tak nampak sangat aku punya 'nebes' tahap maksima. Peluh kat dahi pun aku lap cepat-cepat. Kahkahkah. 

Aku cool tahap maksima kat luar. Nampak aku rileks. Tapi, aku jenis yang clumsy juga. 

Aha, perasaan itu boleh dikawal. Rilekslah. Cool. 

Kalau kau rasa dia serasi, kau dah ready, beritahu kepada ibubapa dan kawan-kawan kau.

Tapi, ada benda yang kita perlu ingat. Dahulukan Tuhan kita dalam apa-apa jua perkara yang kita lakukan. Say it to Him first. (istikharah) Dah rasa tenang, dah rasa ready. Pegang ayat 'litaskunu ilaiha' : kalau kamu lihat dia, kamu berasa tenang. Tanda bahawa dia yang terbaik.

Step yang seterusnya, Beritahu kepada orang lain yang mendapat kepercayaan dan berbincang (istisyarah). Dah stabil zahir dan batin, proses seterusnya.



No comments:

Post a Comment