Kalau ada orang menyuruh kita berhenti berfikir, itu masalah dia. Masalah dia. Bukan masalah kita. Berfikirlah untuk melihat keesaan Tuhan. :')
( Al- Imran, verse 190-191)
Berfikir. Semakin manusia berfikir, semakin dia jumpa Dia. Maha Suci Tuhan yang memberikan akal fikiran kepada manusia. Akal ini adalah perbezaan antara manusia dan makhluk Tuhan yang lain. Kalaupun, manusia itu berfikir, ianya pasti didorong oleh sifat ingin tahu yang kuat kan? Sifat ingin tahu ini adalah fitrah yang bernama manusia.
Jika dilihat dalam sejarah yang ditemukan melalui kajian pun, manusia itu berfikir dan membina tamadun. Mustahil daripada ketamadunan ini terlahir manusia yang tidak berfikir. Misalnya, manusia berubah dan berevolusi daripada kemahiran berfikir! Tidak secara sendirinya manusia itu berubah sehingga berubah menjadi manusia yang homo sapien sapien seperti sekarang. Manusia berevolusi Asia Tenggara manusia Megantropus Paleojavanicus, Pithecanthropus Mojokertensis, Hobbit, Homo, Homo Sapien dan Homo Sapien Sapien. Mereka adalah manusia yang pintar berfikir dan berevolusi serta beradaptasi daripada alam sekeliling. Hasilnya, beberapa teknologi yang dihasilkan.
Begitu juga dengan hal, tamadun-tamadun awal yang dibina. Misalnya, tamadun Indus. Penciptaan-penciptaan yang berlaku dalam tamadun ini tidak berlaku secara semulajadinya tanpa manusia itu berfikir!
Begitu juga dari perspektif Islam, ahli-ahli cendekiawan yang terdahulu berfikir untuk menghasilkan sesuatu. *Walaupun, ada yang tidak dapat membezakan antara cendekiawan Islam dan Arab. Banyak cendekiawan Islam yang tidak berasal daripada tanah 'Arab'.
Dalam mengimani Al-Quran sebagai panduan, ahli-ahli ilmuwan Islam menjadikan apa yang Allah katakan dalam Al-Quran sebagai formula penciptaan yang hebat! Antaranya Abbas Ibnu Firnas. Beliau telah menemukan sebuah teori penerbangan melalui survival burung yang terbang. Beliau berpendapat bahawa penerbangan manusia melalui sayap sepertimana burung. Beliau telah memulakan kajian terhadap teori penerbangan burung melalui penciptaan pakaian daripada sutera dan bulu burung helang dan terbang. Allah dah menyatakan dalam Al-Quran supaya manusia berfikir dengan mata hati :
“Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pengasih. Sungguh, Dia Maha Melihat segala sesuatu.” (Al Mulk verse 19)
Walaupun, percubaan beliau untuk terbang tidak berjaya. Hasilnya, beliau tidak mampu untuk meneruskan penciptaan. Bermula pada awal abad ke-17, seorang ahli saintis daripada Itali telah mengkaji struktur badan sang burung yang akhirnya, menjadi rujukan pada abad ke 20.
Sungguh, manusia diberikan akal fikiran untuk berfikir dan kembali kepada Tuhan kita. Kembalikan fitrah bertuhan kepada kita. Bahawasanya, Allah punya kuasa yang tidak terbatas. Tiada apa yang mampu untuk mengatasi kuasa Tuhan dalam segala-galanya. Tuhan Al-Khaleeq, mencipta untuk manusia berfikir dan memberikan petunjuk supaya manusia tidak terkapai-kapai.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Konteks sekarang, umat Islam dilihat didoktrin agar tidak berfikir. Misalnya, kes Alvin Tan. Aku rasa persoalan beliau adalah logik. Yes, logik. Tadabur kembali dengan ayat Tuhan dalam Al-Quran. Kenapa Allah menimpakan sesuatu terhadap manusia? Atas kesilapan mereka sendiri.
Ramai umat Islam yang marah apabila Alvin mengemukakan mengenai kewujudan Tuhan dalam kes runtuhan di Mekah. Tapi, kalau difikirkan sedalamnya, ya. Apakah itu adalah petanda bahawa kerajaan Arab Saudi sedang melakukan kerosakan terhadap alam sekitar. Jawapannya ya. Binaan-binaan ditinggikan, pembangunan pesat dijalankan. Walaupun, ianya atas kemudahan umat Islam. Belum kira lagi laluan VIP untuk golongan tertentu menunaikan haji. Bukankah falsafah menunaikan haji itu adalah untuk memberikan kesedaran dan ibrah kepadam manusia bahawa tiada yang membezakan manusia dengan manusia yang lain melainkan taqwa. Kan?
Begitu juga dengan doktrinisasi terhadap pembelajaran bahawasanya kewujudan neraka dan syurga. Kalau ditanya persoalan "Kalau Tuhan itu baik, kenapa dia jadikan juga neraka? Kenapa semua orang tidak masukkan ke dalam syurga". Dengan senang hati, ada manusia-manusia yang melabelkan jatuh 'kafir' kerana aqidah. Mereka mempersoalkan apa yang Allah lakukan. Walhal, manusia yang bertanya ini adalah manusia berfikir. Berfikir untuk mencari Tuhan.
Nanti aku sambung.
Kewarasan manusia berfikir "Kalau Tuhan itu baik, kenapa Dia menjadikan neraka. Dan, tidak semua orang ke syurga?". InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment