Aha! Disebabkan aku rasa aku dah banyak belajar berjimat
semasa keadaan ekonomi sekarang. Aku nak share beberapa tips yang aku rasa
berguna. Jimat woi!
1.
DIY shawl sendiri. Buat
sendiri. Hahahaha. Aku pergi beli kain chiffon yang harga dia semester rm 3-6
ringgit (ikut kemampuan) dan potong sendiri. Aku dah pasak dalam hati. Chewaah.
Setiap kali aku nampak shawl yang cantik, aku akan pergi survey harga kain.
Lepas tu, dah cukup duit nanti, aku beli lah. Cara aku ukur senang sahaja. Beli
kain 2 meter. Lepas tu, korang ambil shawl yang korang selesa ukuran dia, letak
atas kain tadi. Pinkan banyak-banyak pakai jarum peniti supaya kain tidak lari.
Hahahaha. Lepas tu, gunting! Harga pergi kedai untuk jahit tepi. Selalunya aku
pakai shawl chiffon rm 10 tu ja. Tapi, plain. Kalau nak corak-corak aku dah
survey kat internet. Bapak ah. Mahal gila.
2.
Beli barangan bundle.
Hahahaha. Ini bukan lawak ok. Tapi, depends on korang juga benda ini. Kalau
saiz aku memang senang dapat kat bundle ataupun pasar malam. Kat kawasan rumah
aku di KL. Ada pasar malam pantai permai. Aku selalu pergi beli baju rm 5 ja.
Hurm. Tapi, baju yang tidak sempurnalah. Yang bertali dan tiada lengan tapi
labuh, yang muat-muat tapi jarang dan macam-macam lagi. Bagi aku, simple ja.
Just DIY. Buat ootd sendiri. Tutup aurat tak susah pun. Kita yang susahkan.
3.
Masak! Masaklah sendiri
kalau yang duduk rumah berdapur. Bawa bekal. Aiseh. Dah boleh jimat tahap
maksima.
4.
Bawa air sendiri. Ini
penting. Bawa air sendiri. Sebab, air ini percuma. Kalau tidak percuma pun,
pakai air mesin rm 0.20. Ha, daripada beli air rm 2 plus.
5.
Survey harga untuk dapat
yang lebih murah. Ps : jangan selalu sangat window shopping
No comments:
Post a Comment