Friday, 11 September 2015

Perancangan dan merancang.

Manusia merancang dalam perancangan. Perancangan itu sendiri sebenarnya adalah satu pilihan. Bagaimana mahu untuk memberikan satu pilihan terbaik? Pilihlah mana-mana yang dirasakan yang terbaik. Allah bagi manusia rasa dan pengharapan kepada Dia untuk manusia memilih. 

Dalam kamus hidup manusia, ada rasa untuk pengharapan sebuah rancangan itu berjaya mencapai matlamat kan? Siapa yang nak merancang tapi mahu rancangannya gagal. 

Namun, kegagalan itu bukan tanda pengakhiran sebuah rancangan kan? Misalnya, kita merancang untuk menyambung pelajaran ke universiti. Kita memilih universiti yang kita mahu dan kos yang kita idamkan. Ini adalah percaturan. Dapat atau tidak. Kalau dapat universiti yang kita mahu, tapi tidak kos yang kita mahu. Dapat kos kita mahu, dihantar universiti bukan pilihan. 

Ha, inilah masa untuk kita refleksi diri. 

Allah kata dalam Al-Quran "wama karu wama karullah wallahu khairul maakirin" 


Apa yang Allah kata dalam ayat ini ? 

Allah kata "Manusia merancang dan Allah juga merancang namun perancangan Allah yang terbaik". '

( Al- Imran chapter 3 verse 54)

Percaya, setiap apa yang berlaku dalam hidup kita ini adalah hikmah. Carilah hikmah itu. Tuhan pasti akan bagi kita jumpa.

No comments:

Post a Comment