Wednesday, 22 January 2014

Tips "Backpack" Muslimah - Travel.

"Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekiNya. Dan hanya kepadaNyalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan". (Al Mulk verse 15)
InsyaAllah, nabila akan kongsikan tips khas untuk muslimat ketika travel.
Berdasarkan pengalaman selama setengah tahun di tempat yang minoritynya adalah muslim. =)
1. "Saya selesa pakai baju ini".
Pilih baju yang selesa dan sesuai. So, beg korang tak pyh nak letak telekung, sejadah dan sebagainya.
Solat terus dgn baju yang dipakai.  Senang. Islam itu fleksibel dan mudah.
Nabila nk mention kat sini pasal tudung juga. Kalau boleh, jangan pakai tudung yang perlu lilit sana-sini sebab nanti nak ambil wudhu' agak susah =)
Tapi nabila pakai jugak selendang sebab nabila agak biasa dengan selendang.
Kalau yang belum biasa dengan selendang, nabila nasihatkan jangan pakai ... Haha.. 
Plus. Stoking jangan lupa!.
Kaki itu juga aurat =)
2. Botol jangan lupa.
Benda kedua yang sgt penting. Nampak macam kelakar bawak botol kosong dlm bag. Tapi ini versi serius.
Sebab toilet kat Korea tak dak aiq !
So, masuk toilet jangan terkejut kalau tak dak aiq!.
Disebabkan banyak toilet dia terbuka, (sinki kat luar)
Isi air dalam botol dan ambil wudhu' dalam toilet :)
 Lagi kegunaan botol nie ?
Fikir secara kritis. (critical thinking).
3. Kompas kiblat.
Penting. Sebab kalau pergi negara orang yang majoritinya non-muslim,tempat solat adalah "everywhere".
So,akan menjadi senang untuk cari sudut sesuai untuk solat. Bila muslim bersolat di tempat-tempat yang ratanya ada org bukan muslim plus "zero" pasal Islam berkemungkinan akan berlaku beberapa perkara yang tidak dijangka; orang akan rakam dan tangkap gambar. Ada satu peristiwa berlaku kepada muslimin ketika berjemaah di stesen subway; ahjussi (pakcik) pergi ke depan imam dan bercakap-cakap. Lepas tu muslimin tetap teruskan solat. *mestilah tak balas apa yang ahjussi tu cakap. Leas tu ahjussi tu macam marah-marah. Hahaha. Sebab tu kena cari sudut yang orang lain tak nampak dan tak menghadap org. Kalau menghadap org pun, pastikan kawasan yang tidak boleh diganggu dan ada orang yang jaga (solat gilir-gilir)
4. Jaga wudu'
Sebelum keluar, nabila akan ambil wudu' siap-siap dan jaga wudhu'. =)
Memang susah. Tapi tak mustahil.
Sebab muslimat, kena buka tudung, buka stokin. Sinki kat luar.
Ini namanya pengorbanan.
Moga Allah redha.
5. Makanan
Sebelum pergi kemana-mana, sila lakukan research. Makanan apa yang halal dan haram serta syubhah.
:)
Kalau kat korea, kitaorg akan guna link nie sebagai rujukan.
http://amirkorea.org/
Nabila sentiasa bawa snickers sebagai alas perut dan tambah tenaga sebab memang jarg jumpa makanan yang boleh dimakan. Haha.
Kalau roti handmade okey ja sebab dia hanya letak air tepung serta telur. 
Dia buat dan goreng kat situ . So boleh nampak :)
6. Bahasa.
You should! You need!
Sekurang-kurangnya basic. :)
Sebab senang bila nak berkomunikasi.
Naik taxi, arah, duit.;
Dan yang penting "kaka juseyo". Aka discount please. Haha.
Dan lagi satu, mereka akan hargai org yang boleh cakap bahasa mereka.
:)
Ini adalah ruangan dakwah! 
Ambil kesempatan.
p/s: And I realized something; dakwah ini kadangkala tak perlu diucap, perlu ditunjuk.
"Don't tell them you're muslim, but show them you're muslim".
Some poeple called muslim "terrorist".
Show them we aren't!
Salam syg, 
thank you sebab tunggu udate blog.
Tgh mengemas kini draft yang bersepah!.
Haha.

No comments:

Post a Comment