Wednesday, 26 March 2014

PI? Pondok? Sekolah agama. Sungguh sensitif. Terasa.

 Nampak simple. Tapi kadang kala tersentap juga. Masa first time dulu, aku mcm nak protes.
Aku rasa tak salah pertanyaan tu. Taaruf. Tapi bila masuk bab intonasi dan cara bertnya buat muka jadi panas.Macam post-post aku sebelum ini aku kadang-kadang tak nak ambil tahu, tp kadang-kadang aku macam terasa sebu dalam hati.
Sebu bila org tnya "kat PI ambil kos apa?". "eh, saya bukan budak PI. Saya budak sains sosial. Ambil anthropology and sociology". Dia tnya lagi " Anthopology dan dakwah?". Senyum tapi dalam hati rasa mcm nk sembur. Bukan aku nak cakap, aku tak suka nak dilabel sebagai budak-budak Pengajian Islam,pondok dan sebagainya. Tapi aku rasa benda yang aku pakai dan semua muslimat pakai ini adalah untuk semua pelajar yang bergelar "muslim" bukan hanya untuk orang yang ambil pengajian tertentu sahaja. 
Mengucap 2 kalimah syahadah. Islam dan praktikkan Islam. :) Simple.
Kadang-kadang aku rasa terlalu tinggi sentimen pakaian. Yang tak bertdung labuh cakap orang tudung labuh ini budak pengajian Islam, sekolah pondok, sekolah agama. Yang bertudung labuh pula cakap orang yang tak bertudung labuh ini tak "muslimah".  And so on.
Bagi aku soalan ini, soalan sensitif. Bagus tanya. Aku tak kata salah. Tapi cara tanya itu perlu berkias. 
"Dari fakulti mana?". Lagi senang kan?. Kadang-kadang orang yang aku kenal pun cakap aku budak pengajian Islam,sekolah agama,pondok. Sahabat-sahabat aku yang baru bertudung labuh yang masih lagi mencari kekuatan kadang-kala menangis bila orang tanya macam tu. "Weh, salah ka budak bukan pengajian islam, pondok,sekolah agama pakai macam ni". "Tak salah, malah patut berbangga. Islam tak pernah ajar untuk menjuzuk-juzukkan pakaian setiap orang mengikut apa yang dia belajar. Bezanya di sisi Allah itu adalah taqwa.".
"Lagi satu sejauhmana ilmu yang kita guna untuk memberi manfaat kepada Islam".
Sungguh. Aku nak terus terang. Aku bukannya ada sentimen fakulti itu, fakulti ini. Belajar itu, belajar ini. Sekolah itu, sekolah ini. Sebab aku rasa perlu ada variasi manusia yang bernama 'kawan' untuk saling bantu-membantu. Tapi kadangkala kita tak perasan, pertanyaan kita tu betul. Tapi cara kita tanya itu adalah salah.
Macam orang yang berkahwin la. Jaga pertuturan bila tanya mereka tentang anak. Bila nk dpt anak.
Sekian, bebelan.

2 comments: