Ulasan viral Zulaikha Adam.
Sebenarnya, aku pun terkejut bagaimana viral ini boleh berlaku dengan begitu pantas. Aku nk ulas kat sini memandangkan semua orang persepsi mereka sendiri. Kata-kata semangat dan tak kurang juga kata-kata tohmahan.
Aku malas nak bergaduh dekat page yang berlambak-lambak menviralkan perkara ini sebabnya aku rasa 'wasting time'. Aku malas. Asyik putar benda yang sama.
1. Berpurdah tapi kurang sopan kerana menggunakan perkataan "aku" sebagai kata ganti diri pertama.
Kenapa? Apa masalahnya? Adakah dianggap kurang ajar bila menggunakan aku. Oh, kalau berniqab ini perlu menggunakan perkataan ana-enti, ukhti-akhi?. Diharamkan guna perkataan aku?
Ini sungguh dangkal.
2. Soal "tidak adil"
Ramai orang yang salah faham dengan status kak olai. Bila membaca dengan emosi. Sungguh, aku rasa tiada masalah bila membaca dengan tenang. Pemakaian seksi tidak mematuhi kod peraturan dibiarkan bebas. Ya, aku setuju. Sememangnya purdah memang tidak dibenarkan dalam dewan peperiksaan. Dan, perkara ini baru diberitahu. Sebelum ini, tiada pun sebut pasal benda ini. Malah, dalam kod etika pemakaian yang dipaparkan di papan kenyataan pun tiada pernyataan ini. Kod etika pemakaian purdah ini hanya boleh didapati di akses bahagian peperiksaan. Hanya dalam itu! Tiada hitam dan putih.
Ramai orang yang komen membandingkan kes di UM ini dengan universiti masing-masing. UIA, UITM,UPM dan sebagainya. Ada lagi, tapi aku malas nak taip. Sememangnya situasi anda dengan UM adalah berbeza. Kerana apa? Kerana dalam dewan peperiksaaan UM, anda akan menemui insan-insan atau manusia yang memakai seluar pendek atas lutut, berselipar, seluar carik kat lutut, bersinglet, berbaju atas pusat, berambut perang, memakai rantai (lelaki) yang sememangnya melanggar kod etika pemakaian seperti mana purdah melanggar kod etika. Tak percaya? Mohon dtg UM.
Malangnya, hanya purdah dijadikan isu.
Dan, aku pun rasa tidak adil juga. Sebabnya, kalau diikutkan larangan pemakaian purdah seharusnya bergerak seiring dengan etika pemakaian tidak sopan yang lain.
p/s : Aku harap benda ini jelas dan terang. Mohon hentikan perbuatan khianat membuat page yang lagi memburukkan keadaan. Mohon hentikan juga memberi komen-komen dangkal yang korang sendiri pn tak tahu apa yang sedang berlaku. Sekian :)
No comments:
Post a Comment