Kali pertama bertanya "Anda suka politik?"
Kadang-kala aku terleka jugak bila baca bab-bab politik. Mungkin orang yang kali pertama jumpa dengan aku takkan perasan. Sebabnya, aku tak suka bicara politik bila tidak perlu dan hanya buka mulut bila aku rasa perlu.
Kadang-kadang aku sengaja mahu menguji orang yang katanya suka politik. Bukan sekadar suka-suka menguji. Tapi mahu menilai bagaimana sikap "melatah" dalam bicara politik. Aku pernah kena marah beberapa kali oleh beberapa orang bila orang itu tanya "suka politik?". Aku cakap "Tak." Dan daripada riak muka nak marah, bertukar kemerahan. Lantas, dihamburkan kata-kata bahawa aku seolah-olah tidak suka dengan apa yang ada dalam Islam. Dalam Islam, ada diajar berpolitik. Titik. Dan kadang kala aku sengaja cakap "Orang yang main politik sekarang kotor". Kena marah lagi. Aku cakap benda yang benar. Setiap hari, kau perhati dan analisis. Dalam ruang lingkup politik itu sendiri pasti ada tangan-tangan kotor.
Dan daripada sini, aku dah mula menilai orang itu begitu dan begini. :)
Nak sampaikan bahawa Islam mengajarkan politik, kena perlu jatuhkan hukum orang itu tidak suka apa yang Islam ajarkan. Itu namanya taksub =) Dah ramai yang macam ini. Bukannya nak ambil langkah nk terang. Menghambur lagi ada.
Sebagai orang yang belajar politik dan tahu asas politik. Kena jadi orang yang berdiri tengah-tengah. Walaupun aku ada cenderung kepada pihak A tidak semestinya aku kena mengtaklid buta menerima semua pihak A buat tanpa ada kritikan. Itu kurang bagus namanya. Dan mengenai status-status aku di laman sosial, ramai orang cakap aku "MACAI". Tak kisah pun. Sebab kalau mereka panggil aku "MACAI" mereka lagi "Macai" sebab tahu telan dan suap makan dan hadam.
No comments:
Post a Comment