2013. Tahun ajar jadi "manusia".
Baru bulan 5 2014. Bulan ke 5 2014. 5 bulan yang lalu adalah 2013.
Entri yang dah lama aku draft. Ceh. Banyak benda yang jadi sepanjang 2013. Suka dan tragis.
1. Hamster kesayangan aku dah bertukar title jadi ibu.
Hamster aku dah beranak masa aku kat KL. Dah jadi nenek. Tapi yang tragisnya anak hamster itu dimakan oleh siapa aku tak tahu. Sama ada ibu atau bapanya. Dah la lahir seekor anak. Tengok-tengok dah hilang dalam sangkar. Aku optimis bahawa dia bakal melahirkan seekor lagi anak sebagai zuriat warisan keturunan. Malangnya, terjadi perkara kedua.
2. Hamster jantan aku melarikan diri,
Aku pun tak tahu macamana beliau mampu melepaskan diri dari dalam sangkar itu. Me'lempen'kan badannya dan keluar melalui pintu sangkar T_T Tiadalah proses pengawanan. Ceh.
3. Hamster betina aku mati.
Yang nie paling tragis. Aku bela hamster nie dari besar ibu jari. Belum mampu berjalan lagi. Tapi setelah 3 tahun, dia mati sebab sakit. Aku mengoogle dan tanda-tanda kematian menunjukkan bahawa dia terkena kanser mulut. Lidah dia membesar sampai tak leh makan, T_T
4. Aku pegang snow.
Tahun 2013 jadi bermakna sebab kali pertama aku pegang snow. Bukan snow ict yang tipu-tipu. ini betul-betul. Aku dengan kawan-kawan aku main snow mcm nk gila, Hari-hari tunggu snow. nmpk sgt org malaysia "perak" tak pernah nmpk snow. Buat snowman yang kepalanya petak mcm adudu. Hodoh benar! tapi kisah apa. Jnji aku boleh cerita kat anak cucu. Tok dulu buat snowman. #bajet
5. Bajet melancong sebulan kt korea.
Aku rasa aku bajet menjadi pelancong kat korea. Lepas habis exam. Aku duduk bajet mcm pelancong kat Korea. Padahal pergi study. Haha. Setiap minggu aku dengan kawan-kawan aku pergi Namdaemun.
6. Aku belajar cakap Korea.
Sebenarnya, aku tak suka sangat dengan bahasa Korea. Sebab dia susah. Tapi aku jadi suka sebab aku boleh bagitau kat pakcik taxi aku nk pergi mana, pergi kedai nk makan apa, nak mintak diskaun dan harga berapa. Yang paling penting "dueji isoyo?". a.k.a Babi ada tak?. *cadbury dah tak leh makan sebab syubhah. Dan ada DNA babi.
5. Berlaku sailang-menyailang saat menghitung hari.
Yang aku rasa paling tragis dalam hidup dalam banyak kejadian. Kalau aku diktaktor. Aku dah pergi ketuk kepala minah dengan mamat tu. Aku rasa tragis bila family dah buat macam-macam. Lu relax ja menyailang. Tapi kisah apa aku. Benda tepi jalan. Noktah. Tapi aku rasa bagus jugak sebab aku dah bagi sepatah dua kata penggulungan kat mamat tu. Puas hati. Gila kalau aku biar tanpa aku bagi kata-kata hikmah. rugi weh.
6. Aku mkn odeng.
Ini bukan sarkastik. Tapi odeng memang sedap time winter. Aku hirup bersama sup panas.
\Craving woi!
7.pro M menang.
Aku sebarkan semangat ke "pro M" aku dari Korea . Alhamdullilah menang. Dan aku menunjukkan solidariti aku terhadap Amir Aimang. DK. Rare. Tapi aku rasa jiwa aku bersama geng2 ini.
8. Aku jadi Islam minoriti,
Susah babe! jadi Islam minoriti. Banyak dugaan. Tapi alhamdullilah aku masih mampu bertahan sampai aku balik kt malaysia.
9. Besdey aku ada org sambut.
Dah byk tahun aku tak sambut besdey. Sebab aku tak bgtau org bila besdey aku. Dan aku tak tahu mcmana budak2 tu boleh find out. Oh ya! masa kat sana 3 mingu turut2 kami sambut besdey. So, muka pun dah mcm kek.
10. Aku dpt roommate yang satu kpala.
Masa kt korea. Dia plg cool. Selalu skip kelas korea sekali. Dan tidur sekali. how i miss her!.
Eating bananas.
11. kawan lama aku dah ramai kawen,
ok. memang ramai.
12. Tahun aku tanpa assigment panjang beribu,
kat sana assesment. so, tak dak tugasan sampai tak tidur mlm. Aku enjoy student life kat korea!
No comments:
Post a Comment