Sunday, 25 May 2014

Perjuangan yang aku rasa aku dah tinggal jauh.


Aku rasa perjuangan aku yang agresif dah lama aku tinggalkan. Lebih kepada lagha. Aku tak tahu kenapa bila aku fikir balik, aku sia-siakan masa yang ada. Padahal ramai lagi yang perlukan aku. Dan aku juga perlukan satu tarbiyah supaya aku kuat dalam berjuang. Aku bukan baiah dengan manusia sahaja. Tapi aku baiah dengan Allah. Nak jalankan tanggungjawab aku. Sahabat aku cakap. Kena banyak bermuhasabah. 
Allah. hari ini baru tersedar. Aku sebenarnya anak panah Islam. Berjuang ke jalan Allah.

Aku rasa dah tiba masa untuk aku serahkan jiwa dan raga ke jalan yang benar. Tiada lagi lagha yang keterlaluan. Hidup penuh daki-daki dosa. Buat siang hari, malam taubat. Esok buat lagi. Allahu :'(

Walaupun aku masih di persimpangan "turning point" tapi aku rasa itu bukan alasan aku untuk berada dalam comfort zone yang aku ada. Aku susah nak hilangkan core grunge aku :'( Susah. Tapi aku akan cuba. Allah.
Mungkin Allah tgh detikkan hati aku untuk cari magfirahNya. Walaupun nampak aku mcm ini tapi aku masih belum sempurna. 

Ya, Allah. Jauh tersasar aku dari jalanmu.

No comments:

Post a Comment