Subhanallah, hebatnya refleksi bersedekah.
Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Al baqarah ayat 261) *sila rujuk kembali tafsir.
Janji Allah adalah sesuatu yang pasti. Yang penting kita sebagai hamba kena berusaha,yakin,bersangka baik dengan Allah dan redha. :)
Allah baik kan? Kita ja yang selalu lalai dr mengingati dan mensyukuri apa yang Allah bg.. T_T
Allah mungkin pilih nabilah supaya nabilah gerakkan hati tulis entri nie untuk kita sama-sama bermuhasabah :)
Peristiwa nie berlaku semalam. (petang). Nabilah dah niat sebelum pergi ke Korea,nabilah nk beli kek untuk anak jiran nabilah. Tengah hari nabilah hang out and singgah di kedai kek kat Langkawi Parade. Adigos. Tengok harga mahal gila. Tapi gagahkan beli jugak. Kek tu besar cikit ja dari cupcake RM11. =,='
Tapi tak pa la.. Mungkin nt budak yg masih suci dari dosa tu akan doakan nabilah. Doa ahli syurga lebih mahal daripada harta. Nabilah bilang duit, dah hilang RM11 sebab beli kek tu.
Tapi janji Allah itu pasti. Tetiba ada seorang nenek saudara nabilah kasi RM20 untuk belanja pergi ke sana. Subhanallah. Dah lebih RM9. Dan Allah bg lagi pagi nie. Bila ada seorang mak cik dekat rumah bg RM 10.
Maknanya,duit nabilah tak pernah berkurang tapi bertambah,dah jadi RM19.. Allah T_T.
Kesimpulannya, bersedekahlah. Walaupun sedikit tapi mahal harganya bagi orang lain. Nabilah cerita kat sini bukan sebab nak kita semua bersedekah sebab nak dapat ganjaran yang lebih tapi bersangka baiklah kepada janji Allah.
Salam sayang,
nabilah.
No comments:
Post a Comment