Subhanallah...Rezeki yang Allah janjikan untuk orang yang bernikah.
hai gyus. menghitung hari utk menapak di bumi Korea.
Alhamdullilah,semalam Allah gerakkan hati sesorang yang tersyg untuk tulis tentang rezeki selepas bernikah. Allah Maha Pemberi dan Pemurah.
Sebagaimana yg tercatat Al Quran tentang janji Allah kepada orang-orang yang berkahwin:
“Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui.” (Surah al-Nur, ayat 32)
Janji Allah itu pasti. Apa yang berbeza hanya masa. Teringat kat Murabbi, Allah memberi rezeki kepada hambaNya tidak cepat atau lambat walau sesaat. Kita sebagai hamba hanya mampu berdoa dan berusaha dan akhirnya bertawakal kepada Allah tanpa ada gusar. Bersangka baik dengan Allah.
Sering kali kita dengar bila hal bernikah "Kerja gaji pun ciput,macamana nk bela anak dara orang".
"Kalau kahwin masa belajar, sapa nk tanggungjawab".
Ya,betul kalau tak dak usaha.
Selagi mana ada usaha,jangan risau Allah bagi.
Ada atau tidak rezeki dlm sesuatu perkara tu Allah yang tentukan.
Macam nabilah cakap td sentiasa bersangka baik dengan Allah.
"Eleh,dah tak dak duit. Rezeki nk masuk macamana?.
Orang selalu salah tafsir, rezeki tu duit.
Rezeki tu boleh datang dalam pelbagai.
Dapat result bagus lepas kahwin ~rezeki~
Dapat makanan percuma masa nak berbuka ~rezeki~
Dapat sponsor ~rezeki~
Impian tercapai ~rezeki~
Dapat rumah sewa murah ~rezeki~
Tetiab mak ayah kasi duit *walau lepas nikah ~rezeki~
Dapat jadi makmum suami ~rezeki~
Suami ajar Quran walaupun hanya kerja biasa ~rezeki~
Banyak rezeki. Cuma kita yang kadang tak sedar itu rezeki. Dan kita tak tahu nk bersyukur.
@_@
So,bersangka baik kepada janji Allah..
No comments:
Post a Comment