Perkara yang berlaku apabila menjadi seorang "niqabis".
Hai guys..
lama rasa tak update blog yang berusang nie.. hahaha..
Saja buat2 sibuk.
Alhamdullilah, merasai nikmat beraya di Malaysia ..
19 hari lagi bakal meninggalkan bumi Malaysia dan berhijrah sementara di bumi Korea.
*Allah bg rezeki..
Alhamdullilah juga sebab hari ni dah berapa bulan menjadi salah seorang niqabis.
Benar, pakai niqab ini bukan satu perkara yang mudah.
Dan,positifnya,nak buat sesuatu yg baik bukanlah mudah tapi bukan mustahil.
Kan?
Penjelasan di sini bila ada soalan-soalan yang diinbox.
1. Nabilah mula berniqab sejak beberapa bulan yang dulu. Tapi ramai yang tak tahu. Hanya sahabat-sahabat yang terdekat shj mengetahui nabilah berniqab. Ya,beberapa bulan yang lalu semasa masih berada dalam semester di UM. Nabilah tak pakai niqab di UM sebab masih menyesuaikan diri dalam keadaan di fakulti yang hanya ada beberapa orang shj berniqab. *yang nabilah kenal seorang sahaja di fakulti yang berniqab. Keadaan ini kerana nabilah bukan dalam fakulti atau akademi pengajian Islam yang rata-ratanya berniqab. Nabilah pakai bila nak keluar UM.
2. Nabilah dah ada niat nak pakai niqab daripada dulu lagi. Sebelum nabilah bertudung lagi. Sebab apa? Nabilah pun kurang pasti kenapa. haha. Tapi,alhamdullilah, setelah melakukan perbincangan dengan orang yg arif pasai perkara nie, merujuk buku-buku iktiraf. Nabilah teruskan dengan memakai niqab.
Sebenarnya, pemakaian niqab ini ada khilaf. *nabilah tak boleh nk membicarakan disini sebab nabilah sendiri bukan daripada bidang ini, rujuk kepada yang pakar.
3. Nabilah akan lebih memilih makan dirumah berbanding di luar. Tapi ada juga makan di luar. Nabilah pakai niqab separuh(purdah) *sila google*. Nabilah akan cari tempat yang tersorok dan buka niqab tuh. Alhamdullilah, Muhammad dan adik memahami keadaan nabilah. Mereka bertindak sebagai pelindung Nabilah.. haha.. Comel ja kan. Sama juga kawan-kawan nabilah. Kalau pergi open house,depa akan halau nabilah makan jauh-jauh dekat dalam rumah.. Muahahaha..
4.Cabaran dalam masa belajar berniqab nie memang ada. Tipulah kalau tak dak.
* berkomunikasi. Mula-mula pakai niqab nie, keadaan komunikasi sedikit sukar sebab nabilah belum pandai untuk mengawal suara supaya didengar oleh orang lain.. Haha.. kadang-kdg nabilah sampai kena ulang sampai banyak kali. Alhamdullilah.sekarang dah okey sikit. Dan
*dipandang dengan pandangan yang pelik. Sesiapa yang mula berniqab memang akan rasa benda nie. Tapi bila dah biasa nanti okey la.. hihi.. Kalau masa kat KL, berniqab nie tak menjadi tumpuan sgt. Tapi bila kat Langkawi ia menjadi macam sesuatu yg pelik. Kat kawasan Nabilah agak kurang pendedahan tentang pemakaian yang mcm nie.
5. Alhamdullilah,banyak perubahan yang nabilah dapat rasakan selepas pakai niqab nie.
*rasa selamat dan tenang. Dulu kalau pakai tudung labuh pun,ada lagi mata yang memandang. Tapi sekarang mcm dah tak dak semua tu. Dan nabilah rasa tenang. Setiap kali naik bas atau LRT, mereka akan minta izin untuk duduk disebelah walaupun perempuan. Dan yang lelaki takkan duduk sesuka hati di sebelah. Rasa penghormatan dan selamat yang amat sangat.
6. Bagi nabilah,pakai niqab tak menjauhkan pun nabilah dengan orang-orang yang bukan pakai mcm nie. Sebab apa? Sebab nabilah rasa nabilah lebih banyak dapat kawan dengan non-muslim. :) Seriesly,berniqab ini takkan menjadi penghalang untuk kita mencari mad'u kita. Sebenarnya,sikap kita sendiri. Bagaimana cara kita berkomunikasi dengan mereka nabilah rasakan lebih penting.
Nabilah hang out dengan adik nabilah, kawan-kawan dia yang free hair dengan biasa ja. Tak dak masalah pun.
Yang menjadi masalah bila orang-orang tu berbicara yang bukan sehaluan dgn kita,terus menjatuhkan hukum. Music underground, skate, music, hijabista. Terus cakap "Haram,tak boleh cakap macam tu".
Macamana orang nak dekat dengan Islam kalau mcm tu. Perlu perlahan-lahan la der.
Dah habis soalan.
Salam syg,
Nabilah.
No comments:
Post a Comment