Moga Tuhan temukan aku dengan orang yang baik-baik sahaja.
Hari ini aku rasa aku terlalu emosi.
Aku jadi emosi bila aku tengok perempuan lain merana di belakang selingkuhan pasangan.
Demi Tuhan aku,
Aku pernah rasa apa yang perempuan ini rasa,
Bilamana seorang perempuan lain dan orang yang letakkan pengharapan bawa ke aku satu fasa yang baru rupanya ada selingkuh di belakang aku.
Dua tahun berlalu.
Lama.
Benar, luka itu bisa sembuh.
Parut belum tentu.
Begitu juga dengan wanita. Terkadang-kadang aku rasa wanita yang sanggup selingkuh di belakang wanita lain. Ini bukannya wanita. Tiada perasaan. Sudahlah perempuan itu memang ditindas lelaki. Ini kaum yang sesama wanita itu pun kau mahu menindas.
Aku bukan mahu doa yang buruk-buruk.
Jauh sekali.
Aku selalu ingatkan diri.
Buatlah baik-baik sahaja kepada orang lain,
Allah balas kebaikan kita dengan kebaikan yang lain.
Begitu juga dengan perkara sebaliknya.
Jangan pernah merasa bahagia.
Jangan.
Jangan.
Jangan pernah merasa gembira untuk kasih yang kamu bina atas keresahan orang lain.
Dia tinggalkan manusia lain untuk kamu.
Tidak mustahil,
Dia tinggalkan kamu untuk manusia lain.
Berputar-putar.
Sekejap di atas. Sekejap dibawah.
Tidak selamanya berada di tempat yang sama.
Tuhan,
Moga kau temukan aku dengan pasangan yang baik-baik sahaja supaya aku tidak merasa.
Cukuplah sekali.
No comments:
Post a Comment