Friday, 26 June 2015

Berpuasa di Korea. Winter.


Aku dah draft berbulan-bulan. Makan bertahun nak cerita. Tadi cek draft baru perasan. Buat entri baru.

Aku nak cerita pengalaman aku berpuasa di Korea masa aku study sekejap kat sana. Alhamdullilah, aku pergi free. Universiti tanggung. Hahaha. Alhamdullilah juga, aku sempat rasa 4 musim. Spring, summer, fall and winter. LOL :P 

Masa aku kat sana, aku puasa. Saja nak rasa puasa kat negara orang. Kah! Aku ingat lagi masa tu, winter. Aku puasa sehari dalam 5-6 jam sahaja. Tapi, lapar. Ya Tuhan. Tuhan sahaja yang tahu masa tu macamana. Sapa yang pernah ber'winter' tu, tahulah azab lapar macamana. Hahaha. Sepanjang masa kena mengunyah. Lapar. Yang paling kau rasa ujian gila. Bila pergi ke street. Street food berlambak-lambak. Winter. Tengok makanan tu berasap-asap. Telan ayaq liuq. Hahaha.

Tapi itulah. Pengalaman kan? Nanti aku nak cerita kat anak-anak aku. Pengalaman ajar Islam minoriti kat sana. Selalunya dinner, cafeteria akan sediakan makanan. Tapi dia tak asingkan makanan. Ada sekali tu 'duoeji' week. Sepanjang minggu duoeji ini. 5 hari berterusan. T_____T 
Duoeji itu apa? Ha, sapa yang nak pergi ke Korea, mohon hafal ayat ini "Duoeji gogi isoyo?". Kalau dia jawab "Iso". Tak selamat. Kalau dia "anni" Selamat. Tapi as a muslims we can't eat any kind of meat without penyembelihan. Satu lagi ayat popular "Gogi?". Kalau ne tu jangan. Kalau dia jawab anni. Lantaklah. Hahaha. Oh ya, gogi itu daging. Duoeji itu khinzir. 

Sepanjang minggu 'pork' ini student malaysia makan nasi putih, chilli flakes dan kimchi. Huwaaaa :'(
Tapi melantak juga sebab lapar punya pasal. Kalau nak lagi ok, pergi beli sardin. Sardin tu pun kena hati-hati. Tapi, kalau kat korea ini memang kena survive dengan strugglenya.

Masa aku puasa, buka puasa dalam keadaan yang macam ini. Masa inilah baru nak bermuhasabah. Apa yang kita makan ini satu rezeki. Rezeki yang Tuhan bagi. Bayangkan ada lagi umat Islam yang berpuasa tanpa bersahur dan berbuka. Moga mereka diberikan kekuatan. Dan, insyaAllah, syurga buat mereka. 


Tempat aku pergi tu, Gwangju. 6 jam dari Seoul. T____T Memang sepanjang kitaorang di sana. Memang puasa makan 'daging' :(  Masa kat Seoul sebulan tu ja makan daging puas-puas. 
Itulah. Aku rasa hidup sebagai minoriti Islam selama berbulan-bulan. Ada hikmah Allah hantar aku ke sana. :)

No comments:

Post a Comment