Hasil melepak dengan budak haluan kiri.
Malam ini aku agak mengantuk. Tapi aku nak cerita juga. Ini pandangan aku sahaja. Tidak boleh terima tiada masalah. Bukan masalah aku pun. Aku cuma nak cerita sepanjang aku melepak, borak-borak dengan budak 'haluan kiri'; sosialis, anarkis dan sebagainya. Tiada pula dia nak suruh aku keluar daripada agama Islam. Tak pernah lagi la. Aku pun pelik, macamana orang boleh cakap macam tu kat aku. Aku tanya balik "Kau dah pernah lepak ka dengan depa nie". "Tak pernah, tapi aku dengar orang cerita".
Bagi aku la. Itulah masalah orang Melayu Islam ini sebenarnya. Suka sangat dengar cerita. Lepas itu sebar, sebar ke merata-rata. Yang aku nak tergelak lagi, ada juga geng 'agamawan' kira stok nak berdakwah tapi mengkafirkan puak ni. Puak ini solat tak tinggal bhai. Aku tahu la. Aku lepas dengan depa selalu. Sampai ke malam. Aku rasa ada something dengan budak-budak ini yang paling aku suka. Mereka GIGIH MEMBACA. Membaca itu bagi depa satu 'opium'. Macam lalok kalau baca. Depa mana main baca buku 'Suami, isteriku ini'. Falsafah. Aku ulang falsafah. Kalau depa bincang pasai falsafah, aku budak universiti pertama dan terkenal di Malaysia boleh ternganga.
Walaupun, aku tak dak la setuju sangat dengan ideologi-ideologi sesetengahnya. Sebab, aku ada justifikasi sendiri. Tapi aku rasa benda itu normal lah. Ada konsep give and take. Kalau dia cerita kau dengar, kalau kau cerita dia dengar. Terima tak terima belakang cerita. Keterbukaan inilah yang sebenarnya bagi bercambahnya satu bentuk pemikiran yang lebih jitu.
Start kenal depa inilah, aku rasa hidup aku kembali ceria. Sebab bila aku berkumpul dengan orang lain, banyak yang tak berminat nak bercerita dengan aku.
kbai.
No comments:
Post a Comment