Monday, 15 June 2015

Masyarakat dalam arus hantaran 10 k minimal?


Aku saja nak upkan topik ini. Agak malas sebenarnya mahu menulis dalam konteks 'jauh berilmiah' seperti mana penulisan tugasan. Hahaha. Santai. Asalkan orang faham. Nanti kalau ada masa lapang, aku akan tukarkan kepada bahasa penulisan tugasan. Hahahaha.

Kalau ditanya pada diri aku, aku adalah antara golongan yang menentang arus 10 k hantaran ini. Aku menentang sama sekali. 10 k secara minimal dalam masyarakat sekarang buat aku terfikir, apa sudah jadi dengan struktur masyarakat dan sistem keluarga yang ada. Aku tak nak bicarakan perkara ini dalam konteks ilmiah 'hukum-hakam' agama sebab semua orang sudah tahu. Tapi, biasalah masyarakat kurang terkesan dengan pendekatan sebegini. Sebagai bakal ahli sosiologi dan antropologi yang masih tidak diiktiraf, aku memandang perkara ini adalah sebagai satu struktur yang bakal menyusahkan kehidupan masyarakat dan sistem keluarga. Aku lebih percaya kepada teori yang mengatakan bahawa sesebuah negara yang baik berasal daripada pembinaan keluarga yang baik.

Aku justifikasikan mengapa aku tidak bersetuju dengan masyarakat yang semakin gila akan harga penetapan hantaran perkahwinan yang lebih tinggi. Dan menjadi semakin tinggi, semakin tinggi dan semakin tinggi. Persoalan yang orang timbulkan kepada aku, "Kalau mampu, apa salahnya nak letak harga yang tinggi". Terpulang. Tapi bagi aku, survival dalam pembinaan struktur keluarga dalam memahami peranan keluarga lebih penting berbanding harga kenduri yang akan berlangsung sehari atau dua hari ini.

Malah, tidak salah jika aku mengatakan bahawa fenomena sosial yang ada bakal memberikan impak yang negatif dalam masyarakat sama seperti kebebasan yang diperjuangkan oleh golongan LGBT di dalam dan luar negara.

Kat bawah ini, aku akan nyatakan pendirian kepada aku berkata begini.

1. Kes cohibitation atau bersekedudukan. Aku masih ingat semasa aku berada dalam kelas sosiologi semasa di Korea. Aku dengan penuh yakin mengatakan kepada songsengnim bahawa Malaysia tiada 'cohibitation'. Tidak lama selepas itu, adanya headline dalam sebuah akhbar, tahap kesedudukan antara pasangan terutamanya dalam kalangan pelajar sudah ada malah, semakin meningkat. 
Kita sedang berbicara mengenai kes yang berlaku di Malaysia! Tidak di US, tidak di Netherland. Tidak! Malaysia. Negara kita yang tercinta. 

Cohibitation mungkin berlaku atas faktor perkongsian ekonomi dan memberikan penjimatan ekonomi antara pasangan. Walaupun tiadanya data atau statistik yang jelas mengenai perkara ini, aku rasa semua masyarakat sudah sedia maklum berlakunya perkara ini dalam masyarakat. Lalu, kita bertindak diamkan sahaja. Paling kuat, melontarkan komentar di laman sosial masing-masing. Amatlah sedikit yang mahu memikirkan mengapa perkara ini berlaku. Jawapan yang paling klise yang bakal diberi ialah ibubapa tidak memainkan peranan yang penting. Aku tak nafikan. Betul. Lalu, aku mahu bertanya lagi, apakah masyarakat sekeliling itu tidak memainkan peranan seperti yang sepatutnya. 

Aku mahu mengenengahkan jenis cohibitation yang ada dalam perbincangan atau diskusi ini. Pertamanya, temporary alternative to marriage. Tahu tak? Apa maksudnya jenis kesedudukan ini. Kesedudukan yang dilakukan oleh pasangan yang terpaksa menangguhkan perkahwinan atas faktor-faktor tertentu seperti ekonomi. Duit yang ada tidak mencukupi untuk membiayai kos perkahwinan, INi bukan aku kata. Ini kajian yang dilakukan oleh negara barat terhadap kelompok bersekedudukan ini. Korang rasa, mustahil tak? Dengan pe'el yang berlumba-lumba nak letak harga hantaran yang paling tinggi ini, mustahil tak berlakunya bersekedudukan ini? Fikir. 


Ingat, tidak semua orang mampu tahan nafsu. Bila tidak mampu tahan nafsu, keluarlah anak-anak yang tidak berdosa kena buang macam sampah. Ada yang kepala hilang macam dalam berita semalam. Kemanusiaan dan sistem keluarga semakin terhakis. Dr selalu cakap dalam kelas, walaupun orang yang buang anak ini terlepas daripada pandangan umum dan manusia, tapi dosa membunuh takkan hilang dalam ingatan sampai dia mati. 

2. Tekanan ekonomi dalam survival kehidupan sebelum dan selepas berumahtangga. Ramai orang yang menumpukan perhatian kepada nak buat kenduri besar, nak buat meriah. Tapi, tidak fikir apa yang berlaku ke hadapan. Aku juga percaya, pecah belah dalam pengurusan ekonomi atau amanah dalam kerja ini adalah bertitik tolak dalam perkara ini. Bila duit tidak cukup untuk berkahwin, ada 'jalan mudah' untuk jadi kaya sementara. Rasuah, penyelewengan, dan pecah amanah dalam pengaliran wang, Tidak mustahil. AKu cakap, tidak mustahil. Dengan keadaan ekonomi yang semakin meruncing, tekanan ekonomi yang semakin dasyat.

Bila nak buat kenduri besar, hantaran yang besar, terpaksa pinjam bank, pinjam saudara. Lepas berkahwin nak survive sebagai partnership. Nak fikir pasal hutang. Nak fikir pasal kehidupan rumahtangga yang baru nak dibina.


Hurm. Banyak lagi aku nak cerita. Tapi nanti aku panjangkan lagi. 
Aku rasa cara yang paling berkesan sekarang. Peranan golongan atasan. Sama ada pihak daripada majlis fatwa atau golongan pemimpin negara untuk melihat perkara ini dengan lebih serius. Malangnya, apa yang aku lihat, pemimpin yang lebih dalam perkara ini. Bersederhanalah. :)

No comments:

Post a Comment