Wednesday, 24 June 2015

Friends comparative religion (FCR). When non-muslim asked you.


Aku dah start jatuh cinta dengan 'interfaith talk atau dialogue' daripada first year. Aku pergi training FCR (friends comparative religions). Masa kat sana, aku rasa aku noob gila. Aku rasa trainer tu mmg hebat gila. Daripada quote bible, veda, semua kitab hadith. Ada seorang muallaf tu, nama dia Faisal. Sampai sekarang, dia masih lagi contact dengan aku. Pangkat uncle lah. Kau tahu? Dia baru masuk Islam tak sampai 10 tahun. Tahu hadis 40. Aku ini, satu hadis pun tak tahu.

Start daripada situ, aku start pumped up untuk study lebih luas dalam bidang ini. Sungguh, aku rasa damai bila aku belajar pasal agama lain. Pergi church, pergi kuil untuk buat dialog aman. Dengar pendapat daripada agama lain. Aku rasa aku dah lebih terbuka dalam benda yang begini. Aku teringat kata bro Mas "Kita selalu suka bila orang lain masuk agama kita, tapi yang berusaha untuk bagitahu pasal agama kita berapa kerat sangat". Sentap. Aku adalah salah seorang daripada orang yang suka tapi tidak buat apa-apa. :'( Pertama kali aku turun street dakwah. Baru aku tahu betapa peritnya untuk sampaikan Islam kepada orang lain. Berpanas, berhujan, berpeluh semua ada. Allahuakbar. Itu belum kira lagi masa tergagap-gagap nak jawab soalan non-muslim yang kau sendiri tidak terfikir ada dalam agama kau. Masa ini, aku rasa bodoh sangat. Nampak sangat aku tak tahu pasal aku punya pegangan sendiri, Ada setengah non-muslim yang kebanyakannya ada foreigners tahu Quran translation banyak dari aku. Serius weh, aku rasa down gila.

Selepas itu, aku dah mula tahu nak handle benda yang macam ini. Terutamanya dalam kalangan rakan-rakan non-muslim yang sekeliling, Berbekalkan keadaan yang noob gila ini, aku pergi ke Korea. Disebabkan aku seorang yang berniqab. Memang jadi alien lah kat korea tu weh. Masa depa tanya, aku tahu jawapan. Aku akan jawab. Kalau tidak tahu, aku ada tips. Tips ini agak berguna juga untuk aku menelaah Islam pegangan aku sendiri. Yang aku sendiri pun tak tahu. Aku akan berkata jujur. "Sorry, I don't have any answer for this. Can you leave your email or we can meet up somewhere for this?". Dalam masa 24 jam,cari jawapan sampai jumpa. :) 

 Kadangkala aku rasa aku ini Islam budaya. :'( 

No comments:

Post a Comment