Wednesday 10 June 2015

Hafal quran dan lupa??

Biasalah. Dah hafal quran, walaupun bukan satu pun  juzuk dah lupa. 
Ustaz aku Selalu cakap org yang lupa bila dia hafal quran nie sebab dia banyak buat benda lagha berbanding dengan faedah dan manfaat. Deep kan? Aku lagi la. Menusuk jantung hati limpa usus semua ada. Hahaha. 

Dah tersentap tu pulun hafal balik. Lupa balik. Hurm. Normal. Bila nak ubah perangai aku pun tak tahu. 

Tapi kalau juzuk 30 nak bagi ingat, aku pasang mp3. Dengar ulang-ulang sambil cek mushaf. Teheee. InsyaAllah, boleh punya la. Tapi kena selalu practise la. Kalau tak, mmg lupa. Macam aku. 

Lagi satu, lepas solat malam, kalau boleh terus hafal sebab masa ini masa ajaib yang Allah bagi untuk menghafal. Lepas subuh pun sama. Tapi aku ada masalah besar sebenarnya, aku suka tidur lepas subuh. Masalah besar aku la. Hahaha. Dulu ustaz aku marah gila. Pantang betul. Tapi aku tidur juga sebab aku rasa mengantuk. Lol 😂 😂 😂 

Apa-apapun. Jadikan Quran sebagai teman kita. Serabut mcmana pun InsyaAllah tenang. Mushaf ini adalah as-syifa'.  
Kbai. 

No comments:

Post a Comment