Saturday, 20 June 2015

Sengugut. Menstrual pain


Senggugut atau menstrual pain. Aku tak pernah rasa lagi sebenarnya. Aku pernah tanya dr dan cikgu PJ aku, sebab aku takot tak normal. Tapi rupanya normal.

Aku tak tahu la pantang aku ini berkesan ka tak. Tapi aku dari dulu, amalkan benda ini.

1. Tidak minum air bergas . Aku mmg jarang minum. Kalau teringin sangat kot, aku akan mimum. Setahun tu dalam 5 kali aku minum. Rasanyalah. Kalau pergi kfc atau any kind of makanan segera. Aku akan minta milo (tapi aku dah boikot) dan ice lemon tea. Kebanyakan aku tengok orang sekeliling yang ada senggugut ini mmg tabiat minum air bergas.

2. Kurangkan ais. Hahaha. Aku mmg tak suka minum air ais. Lebihkan minum air kosong. Biasakan minum air kosong yang tidak berais. Hahahaha.

3. Senaman. Aku dulu mak aku hantar pergi kelas aerobik. So, antara senaman yang boleh hilang stress rahim dan perut ialah tinggikan kaki ke dinding, pastikan ia 90 darjah. :)

That's it. 

Tapi aku tak tahu la selepas ini, Sebab mak aku cakap kadang-kala senggugut datang lebih bersalin. T___T  

No comments:

Post a Comment