Tuesday, 9 June 2015

No title.

sebenarnya. aku pun tak tahu nak letak tajuk apa. Sebab itu aku letak "no title". Aku rasa semangat pulak nk update blog ditemani bunyi hujan gerimis. Aku sebenarnya dalam fasa exam ni. Tapi aku tak dak semangat lagi nak study. Walaupun, aku tahu aku kena struggle tahap maksima untuk dapatkan A semua subjek bagi cover up aku punya fyp. 

Macamana ya aku nak mula. Hurm. ok macam nie. Family aku agak sederhana. Tak senang. So, aku lebih berdikari dalam banyak perkara. Walaupun kadang-kala aku rasa tak pun. hahaha. Aku daripada tingkatan 1 sampai ke tingkatan 6 atas, aku stay hostel. So, bila aku kat uni nie pun. Aku macam tu jugak. Duduk rumah sewa. Pergi kelas balik kelas naik bas. Biasalah orang yang tiada transport. Kadangkala sampai jam 11 malam baru sampai rumah. Serius, kadangkala, aku balik teriak kot sebab rasa penat berjalan dan tunggu bas. T____T Kalau time hujan, lagi la. Lencun. Sebab tempat tunggu bas aku tiada bumbung. Huhu. Tapi resam sebagai pelajar kan?. Redah jugak. hahahaa. Kalau tak kedatangan kosong. Musim exam lagi la. Setiap pagi. Selalu sangat minta tak bagi hujan. Sebab kalau hujan mmg habis. Exam dengan baju basah. Huwaaa. Tak dapat aku bayangkan. 

Kehidupan kat rumah sewa ini bukan semudah yang disangka. Sebab bila parents bank in duit. Kau akan terpaksa bahagikan sendiri, duit rumah sewa. duit utiliti dan sara diri. Aku pulak jenis tak suka minta kat family. Kalau parents aku tanya pun, aku still cakap ada walaupun ada rm10. huhu. Kalau tak dak sangat mmg aku tebalkan jugak la. Kadangkala hujung sem macam ni, selalunya akan selang seli. RM 10 kena brainstorm untuk makan dalam 3 hari. Jeng-jeng-jeng.
Beli benda yang boleh tahan lama : roti, biskut, maggi.. Kalau ada lebih, beli sardin dan nasi serta telur. Cara nak survive dalam mengharungi kancah GST. Belum masuk lagi binding, fotokopi dan sebagainya. Aku selalunya akan skip makan tengah hari. Makan petang untuk malam. Pagi breakfast roti lah selalunya. Hahahaha.Aku rasa bukan aku sorang, ramai lagi yang macam ini. 

Tapi aku bersyukur juga lah, sebabnya masa inilah nak latih diri jadi orang yang kental, berdikari, berdikari atas kaki sendiri. Tak perlu susahkan orang lain. :) Ilmu ini jugalah nanti nak bawa bila berkeluarga nanti. Tak selamanya perempuan akan berkahwin dengan lelaki kaya ye dok? Hahaha. Ada yang kais pagi makan pagi. Kais petang makan petang.


Kehidupan yang sederhana juga sebenarnya buat aku berusaha ke arah yang lebih baik. Aku dapat pergi luar negara pun sebab universiti hantar. Aku tak pernah mimpi pun aku nak dapat pergi ke luar negara sampai berbulan-bulan macam orang lain. Aku lepasi temu duga, pergi program so called English setiap minggu dan akhirnya Allah bagi juga rezeki ke sana.InsyaAllah, satu hari nanti, kalau aku dah kerja, Aku dah ada duit sendiri. Aku nak pergi travel. Lagi masyuk sebab pakai duit sendiri. Hahaha. 

Apapun, bersyukurlah dgn apa yang kita miliki. :) Ada lagi orang yang lagi susah dari aku sebenarnya.

No comments:

Post a Comment