Calon dan "filter theory"
Hidup ini adalah pilihan. Dalam teori pemilihan pasangan "Filter Theory" mempunyai beberapa sub teori yang diperlukan dalam penapisan calon. Pertamanya, Propiquinty. Keduanya, Attraction. Akhir sekali, homogamy.
*teori ini jika dilukis adalah berbentuk silikon. Mengembang dari atas dan mengecil dan akhirnya menemui calon dan berkahwin.
Ketiga-tiga perkara ini telah ditekankan dalam teori bagi membuktikan bahawa pemilihan seseorang calon sebagai pasangan hidup adalah berbentuk penapisan. Benar. Kita mulakan dengan propiquinty. Propinquity filter adalah satu tahap penapisan calon yang paling besar iaitu keadaan geografi semasa antara pemilih dan calon yang mahu dipilih. Geografi ini termasuklah tinggal bersama dalam kejiranan, universiti yang sama, kawasan perumahan yang sama dan sebagainya. Pencarian akan bermula apabila adanya interaksi langsung atau tidak langsung dengan pemilih dan calon-calon yang ada dalam penapisan peringkat ini.
Seterusnya, apabila sudah mempunyai beberapa orang calon, proses penapisan yang kedua perlu dilalui ialah attraction filter. Attraction filter ini adalah memberikan satu bentuk ideal dalam menentukan kriteria calon. Hal ini termasuk juga dengan keadaan fizikal dan personaliti yang diperlukan oleh pemilih terhadap calon. Misalnya, aku akan memilih lelaki yang lebih tinggi sebab aku itu adalah ideal bagi aku yang pendek,
Ok, masuk tahap yang terakhir iaitu homogamy. Homogamy ini adalah perkara-perkara yang terkandung dalam kriteria akhir pemilihan calon. Sebab calon yang ditapis ada banyak kan?. Antara ciri yang ada dalam penapisan homogamy ini adalah seperti umur ( kematangan dalam usia), pendidikan, agama/ bangsa/ ras yang sama/ kedudukan status ekonomi dan sebagainya.
Belajar dalam antropologi perkahwinan ini buat aku terfikir. Betapa Islam itu indah. DIa sudah meletakkan satu panduan kepada umatnya dalam menapis dan mencari calon. Benar, kata pujangga. Islam ini adalah satu agama yang praktis. Daripada kecil sampai ke dalam kubur, ada ilmu.
Dalam Islam sendiri. Rasullulah dah tetapkan kalau perempuan memilih suami, pilihlah orang yang beragama dan berakhlak.
Begitu juga lelaki dalam memilih isteri, Rasulllah dah tetapkan kriteria.
Ingat, memilih pasangan hidup ini adalah pilihan "Either you choose jannah or jahannam".
No comments:
Post a Comment