Berkahwin dengan lelaki yang lebih muda??
Actually, ada someone yang emel aku beberapa bulan yang lepas. Aku tak sempat nak balas dan aku terlupa sebenarnya. K, sorry sis. Aku baru teringat hari ini sebab aku tengah belek nota 'woman and singlehood'. Perempuan yang 'delay marriage' dan berkahwin dalam usia yang agak 'tua'. Risau betul aku baca. Hahaha. Salah satu sebab berlakunya singlehood atau berkahwin lewat ini adalah kerana pendidikan. Perempuan tidak dilihat terlalu bergantung kepada lelaki sebab sudah ada karier dan mampu berdiri di tapak kaki sendiri. Tak macam zaman dulu.
Dalam kajian yang aku jumpa, kebanyak perempuan yang berkahwin lewat ini akan mengalami kekurangan 'calon' means susah nak jumpa calon seperti mana dalam usia yang sesuai untuk berkahwin antara 19-25 tahun. Hurm. Aku nak relate aku punya nota dengan soalan sis tadi.
Kalau tanya pendapat aku, why not??? As long as kau punya future husband ada akhlak, ada tanggungjawab dan matang dalam kehidupan. Btw, kalau tengok kat media, kalau lelaki yang lebih muda berkahwin dengan perempuan yang lebih tua digambarkan mengikis harta ; lebih ke arah negatif.
Kau fikir macam ni lah, Adakah umur itu menjamin kebahagiaan dan long-survival kau dalam kehidupan rumahtangga. Aku tengok ramai juga yang berlaku penceraian dalam kalangan orang yang sama umur, lelaki yang lebih tua. Back to basic, "What is your purpose of marriage?".
Kalau kau rasa nak kawen sebab nak penuhi mata orang, baik lupakan. Sebab yang nak menghadap your future spouse adalah diri kau sendiri. Bukan orang lain. Kau juga nanti yang akan bina rumahtangga korang kan?
Biasalah, mulut manusia ini. Macam taboo. Perempuan berkahwin dengan lelaki yang lebih muda akan jadi macam errrr. Makanya, bersedialah. Tapi kalau aku, aku redah ja. Bukan depa pun nak kawen. Hahahaha. Nanti dalam kubur tak tanya pun, siapa suamimu. Yang akan dihisab adalah amalan kita. Don't worry.
Think positif. Peace!
“ Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084).
Islam sebenarnya sudah letakkan garis panduan dalam memilih suami dan isteri. Dalam memilih suami, pilihlah akhlak dan agamanya. Begitu juga dengan pemilihan isteri, hartanya, keturunan, kecantikan dan agama. :)
Konklusinya, usia itu hanya sekadar angka. Bezanya dalam tahun. Tapi, sejauhmana kematangan dalam menggunapakai akal dan fikiran adalah perkara yang jauh lebih penting berbanding angka usia.
Kbai.
No comments:
Post a Comment