Dah 23 tahun. Tipulah kalau aku cakap aku tak rasa.
Aku masih berusia 22 tahun dan lebih sikit. *besdey aku org tak tahu sgt. Muslim pernah bocorkan rahsia aku. Nasib baik aku ingat dia masul aku ja. Kalau tak. Hurmmmm >_< *
Tipulah kalau aku cakap aku tak risau bila kawan baik aku kawen. Mestilah aku risau. Tapi, mungkin aku jenis simple kot. Kotlah. Jadi risau tu aku tukar kepada tak risau. Hahaha.
Mungkin ada asbab untuk Allah tak bagi aku kawen lagi.
Walaupun mak ayah aku seolah-olah bising suruh aku bawak balik calon menantu kat depa.
Jawapan yang paling klise "Ayah, jodoh cek dok tang mana hala lagi nuh. Tak sampai lagi. Jangan kata jodoh. Calon pun tak dak lagi". Lepas tu, gelak ramai-ramai.
But, I realised something. Your parents getting older by day. :'( It makes me .... hurm. Rasa macam tak puas lagi. Jadi anak mak dan ayah. Tambah ayah aku. Jenis tolong kupaskan ketam dan udang untuk aku walaupun aku dah boleh berdikari sendiri. Hahaha.
Aku ada banyak perancangan sebenarnya sebelum berkahwin. Nak menikmati masa bujang aku.
antaranya :
1. Aku nak buat mini library aku sendiri
2. Aku nak baca buku yang mahal-mahal.
3. Aku nak sambung master *moga Tuhan permudahkan.
4. Aku nak pergi berjalan dan makan angin kat tempat-tempat lain
5. Aku nak rasa makanan kat negeri lain. Sebab aku jenis melantak semua. Semua benda aku makan.
6. Aku nak pakai dr. Martens dulu :'( Tapi dalam hati, harap bakal suami aku nanti bagi hadiah hantaran. I nak request kaler merah hati ok? *perasan betul.
7. Aku nak bilik aku cantik. Sebab aku rasa tak puas tengok bilik aku sekarang.
Apa-apapun, kita hanya merancang yang indah. Tapi rancangan Allah itu lagi indah.
Walaupun, aku rasa aku dah ter'crush' kat someone. Tapi belum masanya lagi untuk kami. Mungkin satu hari nanti. InsyaAllah. He is a good guy. His family too. I know them. Tapi aku malas nak fikir sgt. Andai ada jodoh, Allah temukan juga. Aku sedang serahkan semuanya kepada Allah.
Walaupun, kami berlagak macam biasa. Hahaha. Doakan yang baik-baik sahaja kepada aku dan dia. Doakan juga aku sentiasa dalam rahmat Tuhan.
Allah payungkan keredhaanNya. Ameen.
No comments:
Post a Comment