Wednesday, 17 June 2015

Esok puasa!


Alhamdullilah, esok umat Islam dah mula berpuasa. Hari pertama puasa, hari pertama exam. Ada hikmah Tuhan temukan exam dan puasa. 

Tahun ini adalah tahun yang keberapa tak tahu aku menyambut puasa sebagai perantauan. Daripada sekolah sampai la sekarang. Dulu masa sekolah, mak dengan ayah selalu hantar makanan yang kering macam ikan bilis goreng untuk bersahur. Coklat untuk bersahur dan berbuka. Hahahaha. 
Tapi sejak tinggal jauh nie, sahur pun aku rasa tak semangat. Bukan tak semangat nak makan. Entahlah. Tak tahu rasa macamana. Mungkin sebab jauh daripada family kot. Walaupun aku stay hostel daripada form 1 sampai upper 6, aku still dapat rasa masakan rumah. Kalau di sini......Hahahaha. 

Hidup di perantauan ini sebenarnya ajar berdikari, kalau kau malas, maknanya kau akan lapar. Simple. Kau dapat bygkan tak? bangun jam 3.30 pagi, Masak nasi pakai dapur. Rebus telur masin atau goreng ikan masin ( aku mmg jenis macam gini. Aku tolak kalau bukan dua makanan ini kalau bersahur. Tekak rasa lain weh). Mak aku punya ayat "Baru hang tau, esok hang kawen hang malas ka hang rajin ka, semua hang kena buat". K fine. Ayat mak aku mmg 'killed'. 

Berbuka pula, mmg ikut dan sahaja. Dulu masa aku aktif dan terlibat dengan program pmium. Kami akan atur masjid untuk berbuka. Hahahaha. Murah rezeki bulan puasa. Dah la free, makan masa berbuka dia bagi, moreh pun dia bagi. Dulu selalu buat tour dengan budak PMIUM lepas habis program naik motor. Yang aku ingat pergi ke masjid shah alam, masjid negara, masjid jamek, masjid bulat *paling kerap* Sebab dekat dengan rumah sewa kitaorang masjid bulat tu. Mmg hari-hari la. 

Masa kat perantauan inilah nak belajat untuk mengatur makanan tidak perlu tahu tak?? Tengok semua benda teringin. Bila fikir dua tiga hari lagi punya belanja. Twist ke beli nasi ja la. Bukan nak makan sangat pun.

Aku raya mmg kat sini. Cuma tahun nie, gua balik raya. Sebelum ini, teriak kot telefon sahaja. Mak gua hantar adik gua teman raya. Kah! Mak masukkan duit. Apa lagi? Beraya sakan la.

Moga ramadan tahun ini lebih baik dari sebelumnya. Berazam sangat nak solat tarawih sampai akhir. Sebab selalunya puasa aku yang akhir, aku akan buat part time kat kedai / warung bazar. Lepas kemas warung, dah jam 9 T__T

kbai. 

No comments:

Post a Comment