Thursday, 18 June 2015

Structural Function in Marriage.

Teofri fungsi struktural dalam perkahwinan dan keluarga boleh didefinisikan untuk penjelasan aturan atau pola sosial yang ada dan bagaimana ia akan berfungsi dalam sistem sosial. Perlu difahami bahawa dalam sistem sosial yang wujud ada aturannya. Pendekatan ini lebih merangkumi konsep do and don't yang perlu diterapkan dalam sosial keluarga. Setiap unit sosial yang ada mungkin berbeza konsp 'do and don't' ini. Misalnya, perbezaan antara masyarakat Cina dan Melayu. Begitu juga dengan hal yang berlaku dalam aturan sosial antara gender iaitu lelaki dan perempuan. 

Saya lebih suka untuk melihat perkara ini dengan lebih jelas dalam tugasan dan peranan yang perlu dimainkan oleh gender lelaki dan perempuan dalam keluarga masing-masing. Peranan dan tugasan ini sebenarnya adalah satu set yang telah ditetapkan oleh masyarakat. Apabila berlaku 'overlapping' atau ketidakseimbangan dalam peranan ini, ia akan menyebabkan aturan sosial tidak berlaku dengan sepatutnya. 

Antara tokoh yang memperbahaskan stuructural function ini ialah Talcott Parson. Dalam perbahasan beliau, beliau telah mengemukakan konsep A.G.I.L yang diperlukan dalam sistem sosial yang ada dalam masyarakat. Konsep ini telah muncul apabila berlakunya perubahan dalam struktur keluarga setelah berlaku Revolusi Industri.

A.G.I.L adalah konsep yang terdiri daripada akronim beberapa sub- konsep dibawahnya. 

A - Adaptation.
Adaptation atau adaptasi ini adalah menerangkan kemampuan masyarakat untuk berinteraksi dalam lingkungan suasana yang sedia ada. Masyarakat akan mengumpul sumber-sumber kehidupan dan menghasilkan komoditi untuk pengagihan semula sisstem sosial yang ada. 
Misalya, bekerja untuk memenuhi keperluan hidup. 

G - Goal attainment 
Melibatkan kecekapan atur dan tujuan masa depan melalui keputusan yang sesuai terutamanya dalam penyelesaian masalah ekonomi dan politik. Setiap unit yang ada perlu mengetahui tujuan asal sesuatu yang memerlukan strategi. Strategi yang perlu ada meliputi manfaat dan makna dalam setiap perlakuan.

I- Intergration 
Intergrasi akan terbentuk yang membawa kepada keharmonian sistem sosial melalui persetujuan bersama. Hal ini dapat dilihat melalui perkongsian norma, budaya, agama dan sebagainya. 
Ahli keluarga sangat memainkan peranan penting dalam hal ini. 

L- Latency
Latentcy adalah satu proses untuk memelihara pola, nilai-nilai, budaya masyarakat aturan dan sebagainya. 
Misalnya, bagaimana mahu mengekalkan keharmonian dalam perkahwinan campuran. (Exo)

A.G.I.L adalah empat perkara yang wajib dimiliki untuk mengekalkan survival sistem sosial.

No comments:

Post a Comment