Kisah aku, kak fynn, Bung Tri dan abang cendawan.
Kalau orang yang follow aku dari dulu. Aku mmg agak obvious menjadikan kak fynn dan keluarga sebagai inspirasi. Inspirasi diri dan inspirasi keluarga aku kelak. InsyaAllah.
Macamana aku kenal kak fynn? Sebab channel aku punya youtube menemukan. :)
Start follow kak fynn dari tahun 2009. Masa itu kak fynn mmg sangat femes kat youtube. Dengar puisi beliau bersama lagu. Lepas tu, kak fynn kawen, dan adopt juna.
Aku mula dengan kak fynn. Kak fynn mempunyai cita rasa yang sama macam aku. Bermula dari lagu puisi sampailah ke kasut. Begitu juga pengalaman hijrah. Dulu aku pun pakai ala-ala kak fynn yang agak. Hurm.. Malas nk cerita. Kak fynn adalah orang yang bertuah sebab Tuhan bagi bakat sampai orang tersentuh hati. Aku kalau dengar lagu kak fynn, tak menangis, Memang bukan aku. Sebab aku ni budak chenggeng.
Masa kak fynn mula-mula adopt Juna. Aku ingat lagi, kak fynn buat pengumuman di FB untuk kutip sedikit wang pinjaman buat tampung pembedahan Juna. Video Juna kat Youtube aku still play sampai sekarang. Juna dulu penuh wayar kat badan. Kuasa Tuhan. beliau jadi sihat sampai dah jadi abang cendawan. I'm gonna cry..... :'(
Kak fynn juga adalah insan yang buka mata aku dengan masyarakat sekeliling. Terutamanya kes pembuangan anak dan adopt anak yang tidak diterima. Allahu :'( Aku salute kak fynn. Tolong golongan-golongan nyawa yang tidak berdosa ini.
Bung Tri adalah orang yang lelaki yang aku sebagai perempuan respect. Boleh terima kak fynn apa adanya. Aku dulu pernah terfikir macam kak fynn jugak. Macamana kalau ada lelaki yang tak boleh terima kekurangan aku?. Aku dengan kak fynn lebih kurang sama jugak la perangai. Agak hyper tapi senang jatuh ayaq mata doh. Choi. Bila aku tengok bung Tri terima kak fynn, aku rasa.. Allah itu Maha Adil.
Aku respect dua makhluk Allah ini sebab mampu jaga Juna daripada awal sampailah sekarang. Orang yang kuat sahaja mampu.
Moga Tuhan terus limpahkan mawaddah, wa rahmah atas keluarga ini. Barakatillah.
Moga Tuhan juga dengar doa hamba-hambaNya.
No comments:
Post a Comment