Kuala Lumpur. Bandar Metropolitan. Jalan jam.
Kuala Lumpur. Dah hampir 4 tahun aku di sini. Aku masih tidak faham macamana orang sini melangsungkan hidup. Setiap hari jam sampai berjam-jam. Jalan depan rumah aku ini kadangkala sampai jam 11 malam masih jam. Dapat bayangkan tak?
Aku dilahir dan dibesarkan di kawasan yang tiada kereta banyak dan motor banyak. Tidak pernah menghadapi situasi tersekat dalam jam sampai berjam-jam. Bila sampai sini, kena belajar untuk sabar. Tapi sebab aku lebih suka naik pengangkutan awam, aku tak rasa sangat la. Walaupun kadangkala boleh hilang sabar walaupun aku tidak memandu dalam KL.
Aku pernah tersekat dalam jam dari UM ke stesen universiti selama 3 jam! 3 jam! kalau tidak jam ambil masa dalam 5-10 minit. Oh, my God. Aku pun terfikir, macamana orang KL ini survive hari-hari. Pagi jam, tengah hari jam, petang jam dan malam pun jam.
Kota metropolitan. Penuh misteri.
No comments:
Post a Comment