Anthropologi?
Asal aku cakap aku budak antropologi semua org tanya. Hah? Apa antro? Aku pun tak tahu nak explain macamana. Yang aku boleh bgtau, dia belajar dengan masyarakat dan budaya. Tentang diri kita pun kita akan tahu melalui antropologi. Serius. Nanti aku cerita.
Tapi belajar antropologi akan buat kau ternganga dalam kelas.
When dr presenting data about any kind of culture. Many of students will be like this "Oh". "Eh", "Ei". Faham tak ekspresi muka?. Serius. Ada banyak lagi benda yang kita tak tahu. Boleh jadi tahu. Hahahhaha. Sampai dr pernah tegur dalam kelas "Tak pernah dengar?", "Itu baru sedikit. Do your own research"
Semester ini aku ambil antropologi perkahwinan. Oh ya, kat UM, Antropologi adalah antropologi budaya. Lawak betul dalam kelas tu. Sebab dr bagi tugasan untuk cari 4 keturunan dan ke atas. Mula aku fikir. Astaga. Macamana nak cari. Gua macam putus asa. Ke hulu, ke hilir cari responden. Akhirnya, Tuhan permudahkan.
Guess what? Aku dapat 7 keturunan atas aku. Pheww. Dan aku baru perasan, banyak perkara yang aku dok study selama ini ada dalam family aku. Aku tahu sebelah mak aku adalah berdarah siam. Tapi jawapan dia rupanya,.... Berdarah siam yang muallaf. Seorang pengembara. Lepas berkahwin, hilang dan dikhabarkan mengembara lagi. Macam tu juga cerita sebelah ayah aku. tingkat keenam tu, adalah berketurunan arab yang berkahwin dengan mamak. ??? Nama dia Yusof. Dengar cerita dari Mekah. Hahahaha. Aku pun baru tahu. Hahahahaha.
Tapi benda penting bila belajar antropologi ini buat akan buat kau juga terkedu. Terkedu dengan masalah yang berlaku dalam masyarakat. Antropologi sebenarnya ajar aku jadi orang yang lebih peka kepada masyarakat sekeliling. Start cari diri sendiri, bantu orang lain. :'( Ada lagi manusia yang tertindas di bawah kita.
Jumaat ini aku exam Perkahwinan!
Doakan aku doh.
Aku pening lagi nk jawab macamana.
Oh, btw. I wanna say hi! to all my future junior.
Salam sayang,
Senior antropologi dan sosiologi. Teheeee.
No comments:
Post a Comment