Thursday, 18 June 2015

Book review. The Invisible Arab : The Promise and Peril of The Arab Revolutions.

Aku baru tersedar. Dah lama aku tak buat book review ni. Hahaha. Makan bertahun bhai.
Ok, hari ini aku nak buat book review yang bertajuk seperti di atas. Buku ini telah ditulis oleh Marwan Bishara. Buku ini menarik minat aku sebab dia punya tulisan. AKu jenis manusia pelik. Tengok tulisan buku dahulu sebagai first impression. Kah! Senang baca. Bahasa dia agak senang la. 
Ada orang minta pandangan tentang buku politik mcm IR (International Relations), any kind of cabang sains politik, Aku lagi suka prefer bahasa Inggeris. Aku ada juga buku politik bahasa Melayu. Tapi mmg rare sangat la. Aku pilih bahasa inggeris atas faktor "Terms". Ada terms yang kita takkan faham kalau diubahsuai dan diterjemah dalam bahasa Melayu. Bagi aku, bacalah kedua-dua bahasa supaya nanti nak buat analisis agak banyak idea. Hurm. Lagi satu, sebab kebanyakan buku bahasa Inggeris dalam sains politik ini agak mendalam kajiannya walaupun ada sedikit bias.
Ok, back to the our objective, buku ini memberikan satu pandangan terhadap apa yang berlaku dalam dunia Arab sebelum, semasa dan selepas berlakunya Arab Spring. Seingat aku, dalam buku ini ada cerita Tunisia, Mesir, Libya, Syria, Palestine. Tapi yang aku perasan buku ini agak menfokuskan mengenai kebangkitan golongan 'belia' di negara Arab. Kebangkitan yang berlaku disebabkan oleh semangat 'youth' dan revolusi yang tercetus oleh 'Facebook Revolution' dan 'Twitter'. 
Ada perkara yang aku tidak setuju dalam buku ini tapi ini tafsiran aku la. Kebangkitan 'youth' ini tiada kena mengena dengan Ikhwanul Muslimin (Muslim Brotherhood). Bagi aku, aku setuju dengan pandangan prof redzuan, IM adalah pencetus kepada kebangkitan yang berlaku di negara Arab ini sejak bermula daripada tahun 1928 sehinggalah pengharaman dan penindasan IM pada tahun 1952 oleh Gamal Naseer berlanjutan sehingga Hosni Mobarak disambung lagi dengan Al-Sisi. Dalam buku ini, aku terbaca pandangan beliau bahawa IM tidak terlibat dalam keadaan yang berlaku ini. Mungkin dia ada justifikasi yang tersendiri. 
Apa-apa pun, buku ini agak ringkas, Tapi padat. Aku beli kat MpH rm 62.90. Huhuhu
Aku beli buku politik setahun sekali ja tau. Sebab harga lah. Hahahaha. Next target: History of American politics. Harga dia RM 200++ Astaga. Tunggu aku kawen dengan orang kaya kot. 

No comments:

Post a Comment