Curang;
Bagi aku perkataan yang sgt jengkel;
Aku malas nk ulas panjang-panjang pasal makna curang ini
Semua org tahu
Sebab banyak lagu-lagu 'curang' tercipta.
Ramai sahaja manusia-manusia yang curang
Aku bercakap soal manusia
Bukan kucing-kucing kat rumah aku
Sekejap dengan si A , B dan C
Anak muka lain-lain walaupun lahir tarikh sama.
Manusia yang curang adalah manusia yang tamak
Tak sedar diri dan tak kenang budi
Itu kot namanya
Gajah besar depan mata tidak nampak
Kuman seberang laut jelas terlihat.
ini sangat relevan kepada manusia-manusia curang
Cari alasan yang berbagai-bagai
Bagi aku bila
Cakap "tidak" bila tak nak
Tak perlu dolak dalik
sedang mainkan hati manusia
Bukan hati kambing
Untuk kau buat masak kunyit.
Ramai orang terkena benda ini
Jujur.
Berkecai.
Tapi pegang prinsip ini
"Hari ini kau buat kat orang, esok orang buat kat kau"
Bezanya cuma masa.
Lambat atau cepat
Kalau tidak kena pada dia
Tapi kena pada orang sekeliling dia
Rasa tempias sakit.
Mak dan ayah aku cakap jangan berdendam
Tuhan hantar nanti.