Friday, 4 August 2023

Tahun ke 5

Tahun 2023 ; tahun ke 5, aku bekerja sebagai Jurutera Domestik / Suri Rumah Sepenuh Masa. 

Ya, benar. Aku sosok manusia yang bercita - cita tinggi satu ketika dahulu yang pernah kau baca dalam ruangan ini. Sekarang anak aku sudah 4 tahun, namanya Luth Wahyu. Aku manusia yang menghayun buaian sehingga kini. Semoga Wahyu nanti boleh menggoncang dunia sendiri. 

Tidaklah menyesal. Tidak juga rasa tidak menyesal. Berada di satu persimpangan dua cabang. Bila sudah 5 tahun aku pegang jawatan ini, aku mula rasa satu benda yang hilang; JIWA DAN DIRI SENDIRI. Hidup sudah mula sepi, menyendiri, tiada motivasi dan tiada cita - cita.

Selamat Bertemu Kembali

 
 
 
Sudah lama tidak aku jengah di ruang ini. Semoga semua orang baik - baik sahaja dan berada dalam kerahmatan Tuhan. Semoga manusia - manusia yang telah pulang ke rumah abadi digolongkan dalam kelompok yang soleh dan solehah.
 
Malam ini aku tergerak hati mahu melihat tulisan sosok aku yang dahulu. Ternyata, aku adalah manusia yang berbeza pada hari ini. Sejujurnya, aku merindukan sebatang sosok tubuh dan jiwa yang kuat, tidak rapuh untuk dipatahkan, tidak melayang apabila diterbangkan dan tidak mudah terluka apabila ditikam. Aku cuba berdamai dengan takdir, tapi ternyata bukan indah - indah. Semoga pengakhirannya INDAH bersama restu Tuhan.