Friday, 5 July 2013

Kem kepimpinan Al Fateh - ;) - seminggu der..


Hai guys.. 
dah bersarang rasanya blog.
Malam ini baru berkesempatan untuk mengisi ruang agar tidak kosong.
haha.
Sebenarnya lepas exam hari tu pergi kem..
Seminggu jarak dia.
tapi lari balik awal.
hahaha..
5 hari ja.
Alhamdullilah,hari ini hari kedua siti nabilah mandi setelah 5 hari tak mandi.
*perkara biasa bila pergi kem. Rugi kalau mandi. hahaha..
Tak rasa nikmat berkem la kan?
Kem ini diadakan di kawasan yang tak jauh dari UM. *malas nak ingat nama.

Antara suka duka yang saya lalui sepanjang seminggu disitu..
Bercampur baur: antara marah dan gembira.
Marah masa tu,gembira sebab mampu melakukan.



1. Makanan.
Kalau dulu pergi kem,masak sendiri,makan sendiri.. Kem KRS biasanya akan membekalkan bahan mentah dan peserta akan masak sendiri. Tapi kem nie pihak FC yg akan menyediakan makanan.. 
makanan apa? Gusar?

*makanan mentah.
bukan sardin dan sewaktu dengannya sebab itu adalah makanan separuh siap.
susah kan nk explain?
nie contoh makanan..
Bermula pkoi 4.00 pg,kami makan makanan nie setiap hari dengan menu yang berbeza.


#kunyit hidup.


#bawang putih
#tempe mentah - first letak dalam mulut,automatik tekak rasa nk keluarkan apa yang ada dalm mulut. Rasa macamana? try la..tak mampu nk described. muehehe


# halia
#lobak putih. Kalau kat rumah mak selalu buat sup ayam lobak nie,tapi pagi tu kena makan,rasa dia mcam pedas.. yang nie memang rasa mcm tepu perut.. 
Ada sekali,makan malam kami adalah lobak putih! baik untuk kesihatan.


#bunga cengkih dan lada.
Nasib baik sy dah biasa makan.

*makanan yang tak pernah jumpa
Antaranya:


#nasi dan air garam.
Mula-mula makan rasa mcm biasa.. tetiba dah nak habis,*eh,rasa mcam ada garam.. Masin gila!


#nasi kosong dan timun.
Yang nie boleh tahan lagi

#kebab halia.
Kami yang gelarkan..
Hahaha.. 
Nak tahu apa?
Lempeng tepung yang dalamnya hanya ada bawang dan halia..



#telur mentah.
telur mentah ini perkara biasa. Bihun yang dicelur di makan bersama telur mentah. Sedap! dan baik untuk kesihatan.
Makan bersama dengan roti yang diletak madu dan air teh..


2. Aktiviti.


#solat berjemaah.
Pergi ke kem nie,solat 5 waktu secara berjemaah.
Qiamulaill secara berjemaah.Dhuha

#mkn secara berjemaah.
kami akan makan dalam talam dan berkongsi bekas air. makan kat tempat mana sahaja yang boleh dimakan.



#tidur antara waktu zohor.
Peserta-peserta akan diberikan sejam sebelum zohor untuk tidur dalam bilik kuliah..
Best kan?
rasa tenang sgt..



#bertadarus dan bertadabbur
Setiap kali sebelum isyak kami akan bertadarus dan bertadabbur bersama-sama.. Bertadabbur tu maksudnya membca sekali dengan terjemahan.



#Naik bukit dan turun balik
hahaha.. ini rasa mcm nak marah dlam masa yang sama sgt lawak.
ada adhock ckp kat kami "Dalam masa 5 minit,aku nak semua brg dikemas.tak dak satu pun yg tinggal.kita harus pindah ke tempat lain"
Selepas itu kami ke atas bukit,sejam perjalanan..berehat kat situ.. Ada pengisian + denda ..hahaa.. lepas tu kami balik,balik smpi kat tapak aktiviti sebelum ni..
=,='

#tidur bukan atas katil,
tdur atas katil 3 jam ja.. hahaha sgt comel..
yg lain tidur kat dewan,surau..
Ada sekali tu tidur dalam keadaan yang sgt sejuk kat atas lantai dewan.
Sebab apa? Pkoi 2 pg kena terjun dalam sungai dan berendam
Tak boleh tukar baju..
Ada masa lagi dalam sejam lebih untuk solat subuh..
So,adhock bg kami tidur dengan syarat tidur kat dewan
baju tak boleh ditukar.. muehehehe..
Tidur dalam keadaan yang sgt sejuk dan comel.
Sampai baju kering..
Sejuk toksah dok kata la..
Tapi mengantuk punya pasai tidoq jugak..



3. Adhock
Ad hock sangat best.. mereka lembut dalam tegas.. suka!
hahaha..
#sebenarnya ada antara golongan pengajar ni adalah orang yang saya nak jumpa sangat..
Alhamdullilah,Allah temukan saya dan dia dalam beberapa sesi pengajaran
Dan dia bg no A.Samad Said sebab saya cakap saya suka puisi.
Huhu! terima kasih ustaz SA..

p/s:
Alhamdullilah,Alah beri saya peluang untuk merasai semua ini.. dalam masa yang sama,mendalami apa itu Islam.

Terima kasih semua..

Salam sayang,\
Nabilah./



No comments:

Post a Comment