Monday 18 February 2013

hiking gunung kutu(bukit kutu)

okey! *tetiba rajin pulak nak update blog kan?hak3...


actually aktiviti hiking nie dah lama berlalu,baru teringat nak update..

Dah 2 bulan,tpi pengalaman yg sgt berharga untuk diceritakan :)

Sedikit informasi tentang gunung kutu atau bukit kutu..
Ada sesetangah memanggil kawasan ini sbg gunung kutu dan selebihnya lebih selesa dgn memanggil bukit kutu..
Mengikut abg leader,dia ckp mulanya disebut sbg bukit kutu ttp jika dilihat berdasarkan ketinggian yang melebihi 1,000 m layak dipanggil sbg gunung kutu.. Whatever la... jnji dia tinggi ..hahahaha
Bukit atau gunung kutu ini terletak di kuala kubu baru,Selangor..

hiking ni dijalan bermula pada 15 disember 2012 dan berakhir pd 16 disember 2012.Anjuran: Permadah(persatuan mahasiswa kedah UM)

Pagi:



berkumpul di bus terminal Um dan bahagikan kumpulan dan makanan..
         bertolak ke tempat hiking(ambil masa dlm sejam lebih dr KL)

haa.. kan dah sampai ;)
disebabkan tempat tu agak sempit untuk dimasuki oleh bas,kami terpaksa berjalan kaki sejauh? tak dpt dipastikan yg penting agak jauh la... First time turun,Subhanallah Cantiknya ciptaan Allah... kat situ ada empangan yg menghijau dan suhunya lembap... mmg best sgt..


    Sampai dkt kaki bukit dah pun tengahari,lunch terus kat tepi sungai,aiq dia pergh.. sgt sejuk.. best3!
Sesudah sembahyang zohor berjemaah dan lunch,perjalanan dimulakan dgn doa oleh presiden permadah dan taklimat oleh abg "leader"

Alhamdulilah perjalanan berjalan dgn lancar tanpa ada kecederaan walaupun laluan hiking agak licin sebab baru lepas musim hujan.
Berlopak,lumpur,jatuh,sembam,kotor + PACAT DAN LINTAH suma bercampur... Nak cakap: time cabaran nie dtg,semangat nak hiking memang dah patah sb jalan dia sgt teruk berbanding hiking sebelum nie.. tapi ada seorang hamba Allah mengingatkan "Kat sini lah nak uji kesabaran kita dan kebergantungan terhadap Allah". Tertiup semangat untuk terus mendaki..

kat gunung kutu nie mmg dah menjadi kebiasaan hiker.So,setiap check point telah ditanda untuk memudahkan hiker2 yang lain..Trimas! Kalau tak silap ada 9 ka 10 checkpoint tah..



*checkpoint 4:huh! letih.. kah3..
punca air semulajadi.. ^^

petang:

dah sampai kat puncak ! Alhamdulilah,tidak sia2 usaha kami menempuh cabaran.Bila sampai kat atas hilang segala kesakitan akibat kejatuhan,keletihan dan kepedihan luka sb terpaksa merangkak atas lumpur sbb pkok tumbang ;) pengalaman berharga kan? Rindu akan suma ni..

sunset/dawn dari puncak ... Cantik kan?
Tpi nak ambik pic mcm nie kena naik tangga yang agak menyeramkan

 *ada beran?
Malam:
Selepas masak,solat,makan dsb kami pun tidur dgn nyaman dgn alam semulajadi yang menenangkan..

Tapi ada satu peristiwa yang berlaku..hehehehe... kaki kejang dalam khemah sb kat sini terlalu sejuk.. Kabus  sgt tebal...lagi sejuk dr genting dan cameron.. tak caya? dtg sendiri ^^

Pagi akhir:
kami meneruskan kembara kami menjelajah hutan untuk mencari monumen sejarah.. ><
Percaya? bangunan tinggalan british di situ... menyentuh dinding monumen sendiri dgn tgn,merasai kedinginan lumut disekitar membuka hati agar tidak menjadikan sejarah itu berulang di Tanah MElayu..

tambahan pula,kt tempat kami berkhemah itu adalah tapak rumah tinggalan british
nak tgk? jap eh..

*serombong api
*telaga tinggalan: airnya walaupun agak keruh tp tetap boleh digunakan..

part last:

pengalaman yang sgt berguna dan berharga..

Maju PERMADAH untuk mahasiswa ^^

P/S:nak mintak maaf kat ustaz jurufoto sb dah curi gambar dia ..hehehehe

No comments:

Post a Comment