Tuesday 19 February 2013

homeless # Di celah-celah Kota Metropolitan

Assalamualaikum...Sihat? Jika ya,Alhamdulilah..Jika tidak Alhamdulilah jugak ;)

Hari nie nak update pasai random aktiviti yg telah lama berlalu tapi masih segar di ingatan------> Welfare Homeless..
Anjuran: Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya(PMIUM) under Hewi(Hal Ehwal Siswi Universiti Malaya..
Tempat:Masjid Jamek,Hentian Puduraya dan kawasan sekitar

Program nie dianjurkan dgn bertujuan untuk mendekatkan diri mahasiswa UM dgn masyarakat sekeliling yg kita kdg2 tak nampak..

Tahukah apa itu golongan HOMELESS?
Golongan Homeless ialah golongan yang hidup tanpa rumah dan tinggal di merata-merata temapat seperti bawah jambatan,dalam bangunan terbiar dsb..

#Aktiviti ini dimulakan dgn sesi taklimat daripada ketua program..

Perjalanan ke tempat yang dituju tidak mengambil masa yang lama sb dekat ja dgn kampus UM

#seminggu sebelum:pengumpulan baju-baju untuk didermakan.. Alhamdulilah :) sambutan yg menggalakan..


#setibanya di kawasan yang pertama,kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan..
  Saya berperanan sebagai pemberi baju kepada kumpulan homeless pertama..
 Sayu hati tatkala melihat ada dlm kalangan yg beratur untuk untuk ambil pakaian tu kanak-kanak yang masih berusia "bulan" dan kanak-kanak dalam lingkungan 7 tahun hingga 8 tahun ** Bayangkan mcmna depa hidup dlm keadaan yang mcm nie...  tak tahu sekolah ka tak...

#sebenarnya,pihak Hewi telah bergabung dgn NGO kalau tak cilap PERTIWI yang terdiri daripada sukarelawan..
Sejuk hati ada lg golongan yg masih menghulur tgn untuk membantu golongan yg tidak seperti kita...
Seiring dgn kata "biar berada di atas tapi tidak lupa apa yang ada di bawah"... Pujian dan penghargaan perlu diberikan kpd golongan seperti walaupun mereka tidak memerlukan semua ini..
Mengutip sampah,memberi makanan dan rawatan kesihatan kepada golongan homeless walaupun mereka adalah jurutera,guru,doktor dan sbgnya

#Kami bergerak ke tempat kedua... Abg PERTIWI sempat pesan.. kat kawasan nie kena hati-hati dan garang sb kawasan nie terdiri daripada golongan homeless yang agak agresif... 80 peratus drp golongan ini rata2 adalah remaja....Alhamdulilah,program berjalan lancar...

Pengalaman nie adalah pengalaman yang sgt bernilai,tidak boleh didapati di mana-mana kecuali kita sendiri yang melaluinya..

Moral: BUka mata,buka hati dan hulurkan tgn... tidak semua yang kita lihat itu adalah benar... Lihat dgn mata hati... Ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik penglihatan itu :)


                                    *Syukran jazilan UM dan pimpinan HEWI
#Aktiviti nie berakhir pada kira jam 1.00 pg...


Love,
NABILAH

No comments:

Post a Comment