Muntah hijau *macam kau baca kan nabilah, tgok fb stengah jam. Tgok buku 5 minit.
Lepas tu dok mengogoi tak paham.. bla..bla.. *
Rasa dah lama kan tak update blog.. wakakaka...
Alhamdullilah,nabilah sihat kat sini. baru 2 minggu kan? Dan semangat sgt sebab autumn on the way! Daun dah menguning. dan setiap pagi pasti ada gerimis.. Ouch.
makanan halal kat sini susah sgt nk dapat. Melainkan hanya makan sayur dengan kimchi. Kadang-kadang nasi kosong ja.. Allah T_T Tapi rezeki juga kan.. Kalau sahabat dan saudara kita di negara teluk, Palestin,Rohingya,Syria. Tak makan pun..
Seriesly, nabilah kadang-kadang rasa putus asa dgn makanan.. Tapi cepat beristigfar. Ada hikmah Allah hantar nabilah beribu batu dari tempat yang nabilah boleh makan everything tanpa cek apa2.. janji ada cop jakim. Dulu kalau kat malaysia, sepanjang masa makan. Sometimes, tak habis pun. Buang ja mcm tu.
Tapi bila sampai sini. Kesabaran amat diperlukan!
Setiap menu perlu diteliti dengan elok dan cermat. *bm aku berterabur.
Kalau student dr UM, Chonnam National University (CNu) akan bagi free meal. Alhamdullilah,duit dah jimat. Tapi ujian Allah dtg lagi. Nak menguji sebenarnya. Kadang-kadang dalam sayur pun ada letak benda yang umat Islam tak boleh makan..
Ada satu cerita sadis.. Rasa macam nak nangis ja time tu.. Sob3 :'(
Masa tu lunch. Ada kimchi dengan sayur ja boleh makan. Ambil la sayur tu dengan rakusnya *nasib baik tak letak atas nasi(kuah taruk atas). Dah duduk, lepas aaron cakap "This dish you can't eat. It has a pork". Allah T_T. Masa tu pulak nabila tak ambik kimchi. So, kami ramai-ramai makan nasi kosong ^_^
Habis okey nasi tu..
Kadang-kadang nampak mcm sedap sgt keropok, coklat,aiskrim *benda yang aku suka makan mostly. Tapi tak boleh makan. Kitaorang pernah nampak ayam goreng, daging goreng. Tapi tak leh makan T_T
Sungguh. di bumi korea ni satu tarbiyah.
plus! kalau nk beli something tgok hangul satu/satu/satu/ walaupun sebiji coklat cek oi!
kalau kat malaysia? Jangan harap. Bila org cakap tak halal baru hegeh nk boikot.
Tapi bila ada org minta tolong tulis kat blog, nabilah sampaikan.. ^_^
Semoga Allah redha dengan niat kita..
Apa benda yang kecil tapi besar tu?
simple tapi besar.
jom list:
1. Cuku bulu kening.
Cukur bulu kening untuk nampak cantik.
Antara benda yang simple tapi selalu orang buat.
Alasan: Cukur bulu kening untuk naikkan seri..
Dah salah dah niat tu.
diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud:
“Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik.
Perbuatan-perbuatan yang disebut diatas termasuk mengubah ciptaan Allah.
Cantik kerana Allah ^_^
Allah dah bagi kening cantik dah kan?
Ramai yang mengadu. Parents atau adik beradik,suku sakat suruh cukur bulu kening sebab adat turun temurun. Ceritakan dengan penuh kelembutan tapi tegas!
Mohon Allah permudahkan ^_^
2. Tabarruj.
Bulu mata palsu.
Ramai yang pakai bulu mata palsu sekarang. Sebab pakej dalam mekap kan?
Alangkah indahnya kalau guna kecantikan semula jadi ^_^
“Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” (Shahih al-Bukhari, no: 5934)
Apa-apa perbuatan tabarruj yakni berhias diri dengan melampau maka ia diharamkan dalam Islam.
Maskara
Pemakaian maskara adalah harus selagi mana ia tidak merubah wajah yang sebenar dan bahan yang digunakan tidak mengandungi unsur syubhah dan tidak kalis air. Ini dibimbangi ketika mengambil wudhuk air itu tidak rata ke anggota wudhuk.
Mekap tebal.
Mekap tebal juga bertabarruj.. ^_^
3. Ketidaksempurnaan aurat.
Yang nie perlu dititikberatkan. Sebab apa? Untuk memperoleh keredhaan Allah. Hari kawen kan hari yang kita nk berkat supaya nanti lahir umat Muhammad yang soleh dan solehah.
Bagaimana ketidaksempurnaan aurat?
1.Baju atau kain yang jarang.
Banyak sgt baju-baju pengantin yang jarang sampai menampakkan warna kulit dan bayang batang tubuh..
So,berhati-hati.
Andai kata baju tu jarang tapi longgar, pakai lah inner yang longgar disdalam supaya tak nampak benda yang tak sepatutnya.
2,baju yang ketat.
Baju yang ketat sampai menampakkan bentuk tubuh badan juga menjadi trend. Bukan hanya baju. Kain juga. ^_^
Nak dapat redha Allah dalam rumahtangga kan? berusahalah untuk dapatkan redha Allah.
3. Pakai tudung tapi tidak menutup dada.
Nabilah tak mahu komen yang "free hair" masa kawin sebab dah ternyata salah dari segi hukum. Tapi yang pakai tudung tapi tidak menutup dada. Ramai yang tak tahu pasal nie. Tudung selalu dimasukkan dalam baju untuk nampak kemas.. Tak boleh adik,abg,kakak. Kita bertudung perlu tutup dada. Paling sedih bila ada orang yang bertudung labuh diluar waktu perkahwinan pun buat juga. Sebab apa? Sebab ramai yang tak tahu akan keadaan ini.
tersentap mendengar kata Ustaz, "Hari kahwin Allah laknat, macam mana nak dapat zuriat yang baik?". Hari yang sepatutnya diberkati Allah akan dilaknat sekiranya wanita itu tidak menutup aurat dengan betul, contohnya memasukkan tudung ke dalam baju.
Apatah lagi yang memakai 'bonggol unta' di atas kepala, tudung yang jarang sehingga menampakkan leher dan dada (contoh: beberapa jenis tudung bawal), tudung yang melekat ke dada dan menampakkan tali baju dalam (contoh: tudung jenis lycra), tudung adik (contoh: tudung instant saiz S) dan pelbagai lagi jenis fesyen tudung.
Nabila tak tahu hukumnya yang sebenar dan tak berapa nk cakap dari segi hukum
Tapi dari segi adap dah salah.. cium dahi isteri depan org.. ^_^
Jangan risau.
Lakukan transfomasi.
Buat apa yang Rasullulah lakukan. pegang ubun-ubun isteri.
Dan bacalah.
“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadamu kebaikan dirinya dan kebaikan yang engkau tentukan atas dirinya. Dan Aku berlindung kepadamu dari keburukannya dan keburukan yang engkau tetapkan atas dirinya”
p/s: Laig sweet dari cium dahi tadi.
6. Upacara yang karut marut.
Mandi bunga.
mandi bunga sebab nak bagi naik seri.
Mandi bunga sebab nk bagi buang sial.
Dah jatuh syirik dah tau ^_^
Kepada yang belum berkahwin mcm nabilah nie. Nanti lakukan transformasi. ^_^
nak capai redha Allah dalam rumahtangga perlu ada usaha.
yang dah berkahwin? Dulu masa kawin buat benda-benda nie. Pohonlah keampunan kepada Allah. Allah kan Maha Pengampun.
nie sambungan daripada status nabilah kt fb hari tu.
"Mungkin Allah hantar budak kecil itu sebagai kekuatan dalam dunia asing". — feeling blessed.
Kronologi jalan cerita dia bermula bila nabilah and 'the gang' pergi ke downtown untuk jalan-jalan sambil cari makanan halal. Alhamdullilah,jumpa juga kari ayam di situ walaupun mahal gaban. *Makan juga sebab teringin. Kalau sekali sekala tu tak pa.. kalau setiap minggu mau kopak duit dok sini.. haha..
lepas kami masuk butik Uniqlo sebab si budak lelaki ni busy ja kan nk cari baju .. haha.. *padahal perempuan pun sama.
Lepas kitaorang berlama kat situ dengan buddy si airy, kitaorang pun decided nk balik dan mula gerak *walupun lepas tu singgah beli kasut izzat. -_- lelaki shopping lebih dr perempuan bak hang..
Masa tengah jalan tu, tetiba ada seorang makcik nie angkat anak dia dtg kat nabilah dari jauh..
Dukung sambil lari-lari.
Seriesly,terkejut.
Nabilah pun stop berjalan dan senyum kat makcik tu.
Then,mak cik tu suruh anak kecik tu cakap "Anyehongsehyong"
Aku pun tunduk cakap balik "Anyehongsehyong".
Lepas tu budak tu pegang nabilah dan nabilah pegang pipi dan cakap "You're so cute" .
Lepas tu mak cik tu cakap "Ghamsahmanida".
Aku cakap la "De?".
Pelik sangat.
Lepas tu sufi dtg dan cakap kat nabilah "Actually,budak kecik tu dah lama tgok kau,dari kita dok depan pintu lagi". lepas tu dia sambung lagi.. Lepas nabilah jalan, mak cik tu angkat anak dia dan lari cepat-cepat untuk sampai kat nabilah.
Allah T_T
Mcamana tak leh sedar nie.
Masa tu baru rasa ada kekuatan.
Sebab apa?
Berpakaian pelik dari orang.
Bila jalan ramai orang pandang *Sometimes rasa nk marah dan down. tapi yang ini adalah tarbiyah untuk diri sendiri.
Especially, kalau kanak-kanak. Depa akan pandang dan sembunyi belakang parents.
Mungkin sebab nampak mata ja kot.
Tapi kanak-kanak nie nk sgt jumpa nabilah sampai suruh mak dia kejar nabilah..
Bila dalam bas fikir balik,Lepas ada insiden yang berlaku beberapa hari sebelum nie,nabilah rasa down sgt. Sampai kadang2 terbawa dalam mimpi. tapi Allah hantar budak tu untuk sentuh tgn nabilah alirkan kekuatan.
Sama-sama doakan semoga budak kecil yang berhati bersih tu terima hidayah Allah bila dia dewasa kelak..
Allahuma Ameen..
"Saat lemah,pohonlah kekuatan kepada Allah. Bertawakal kepada Allah. Yakin Allah ada untuk kita".
nabilah start kenal dengan band The Strokes nie masa form 6. Junior tolong kenalkan.
Wakaka..
Hard Core Music?
Hard core sgt ka?
Tak la..
Tak tahu kalau korang ckap band nie hard core jugak..
Muslimah dengar lagu hard core?
kau pakai purdah tapi kau dengar lagu hard core?
Terima kasih atas teguran anda.
Saya terima dengan hati terbuka.
Nabilah tak tgok betapa hard corenya suara penyanyi tu.
I just look at the lyrics.
Mcam nie.
Oooooh Some people think they're always right Others are quiet and uptight Others they seem so very nice nice nice nice nice oh oh Inside they might feel sad and wrong
Oh no 29 different attributes And only 7 that you like, uh oh 20 ways to see the world, oh oh Or 20 ways to start a fight
it's true.
Actually lagu-lagu dia lebih kurang lagu westlife tapi core sikit..