Sunday, 31 March 2013

Mengapa takut nak berubah? sabar la..

Mengapa ramai sgt orang takut nak berubah ke arah kebaikan dan ke arah lebih baik?
Ramai sangat nak berubah,dah berubah,dah ada niat nak berubah tapi berpatah balik sebab benda-benda yang speechless=,=
Sabar,perubahan itu perlu ada ruang.
nasib orang tak sama..
hidup dalam persekitaran yang baik, bagus dan kondusif
tapi ada jugak orang yang sebaliknya..
Orang yang hidup dalam hidup persekitaran yang baik,bagus dan kondusif bukan la kata senang nak terima segala kebaikan,tapi senang ckit la dari orang yang sebaliknya..
bukan senang nak keluar daripada zon selesa.. :)
*Orang baru ja nak start pakai tudung tutup dada.. 
#haih tak boleh,tudung 45 tu pendek,.
relax la,kita yang wat tudung,bukan tudung yang buat kita..
labuhkan tutup dada dan bahu.
jarang? pakai la inner..
asalkan tutup aurat kan?
*tak boleh bercakap dengan berlainan jantina
nie satu masalah besaq jugak sampai urusan yang penting pun tak benarkan cakap dengan berlainan jantina kecuali yang halal sahaja..
Dalam kelas,kat pasar jumpa kawan lama takkan tak ckp terus..
Sabaq la,kawan tu baru nak belajaq..
slow-slow la...
*tak boleh meneruskan hobi yang dok besa wat
kalau dulu,dok men benda yang dok kata melalaikan.
Saya bg contoh gitar dgn menyanyi.. 
tak salah kot kalau hobi nie diteruskan..jnji tak melalaikan
dan tak da orang yang haram dgq..

*orang nak p dengaq forum a.k.a ceramah etc
suka tgk pelik kat orang yang pakai tudung biasa..
please open your heart guys..
macam saya mention atas tadi..
tudung tak jadi masalah pun selagi tutup dada dgn bahu..
pakai baju longgar..pakai stokin(walaupun kdg2 jarang)
jangan la dok tgk atas bawah atas bawah..
nama pun baru nak belajaq..

konklusinya S.A.B.A.R.
macam kak usrah cakap tunjukkan qudwah(kelakuan yang baik) bukan menghukum..

*perlahan-lahan ditarbiyah dan mentarbiyah

LIMA yang sangat awesome#


sapa budak Langkawi bohong la kalau tak LIMA tu apa... kan3? 
batch 1992 jangan mimpi boleh p hari-hari kan time LIMA kan?
 sebab apa? 
UPSR: LIMA
PMR:LIMA
SPM:LIMA
STPM:LIMA
UM: dok kat kL jugak time LIMA!!!
 
#sadis

Tapi tahun nie lagi sadis, apabila dua kenduri yang tak boleh nak p...
1.madam ayuni dan cikgu faizal
2.taufiq dan fatin

# nak p ambik aura depa kawen muda... hihihi.. bahagia kot...

tapi nie lagi sadis ..sebab tak boleh nak interframe kat LIMA..
taufiq,cousin saya masuk paper...
#kalau ada time tu,walaupun tak leyh interframe dalam paper.. tapi boleh ja kot tepi2 tu..

  
terkejut bukak metro semalam... hehehehe...


P/S: rindu langkawi,nak makan beronok

kelas fotografi#1


sambungan entri sebelum ni..

kelas nie bagi siti nabilah binti che musa adalah kelas yang sgt awesome dan bagus..
Walaupun tak mampu memiliki DSLR tapi InsyaAllah satu hari nanti menjadi milikku jua.. hehehe..
 
Kalau sebelum nie hanya main cuk cak tentang ISO,shutter speed,appeture,lighting,parameter... tapi tu kan teori saja.. tak dak amali,tak dak kamera.. tak p ke mana pun.. 

hari nie memang all out puas hati..
sebab apa?
sebab cikgu tu bg student yang tak da DSLR guna yang depa punya 
*yang wide lens punya..
pegang tadi rasa mcm tak percaya bak hang...
pastu bersambung pula dengan filtering,framing

pastu yang best cikgu-cikgu nie ajaq cara nak cari angle dengan btoi ikot peraturan.
selama nie guna peraturan  RO3 ja... yang lain tu main redah ja.. 
tapi tadi ada 4 lagi yang selama nie tak pernah tau pun..

tulisan aku yang ternyata sgt buruk sebab cikgu tu ckp agak cepat.. hihihi


*mak dgn ayah,cek nak nikon wide lens
#tetiba ja kan?




Assalamualaikum #

selamat ptg readers... saat ini saya masih lagi berada dalam kelas fotografi.. 
*sempat lagi kan update... huahuahua..
Sekarang tgh wat praktikal DSLR outdoor dgn indoor...
Sapa yang ada DSLR ja la... hehehhe
Sapa yang tak dak DSLR dok diam-diam update fb dan blog..
Salam sayang,
Nabilah.
*percubaan pertama guna adobe photo

plis jangan komen... hihihi

Saturday, 30 March 2013

benda yang boleh menjadikan mood spoil =.,=


Setiap orang mesti ada benda yang membuatkan mood berubah kan2?

bagi saya,perkara yang buatkan mood saya spoil:

1.kerja yang digesa last minute


2. benda yang clash..atau harus memilih


3. monyet mencuri barang-barang kesayangan
daripada form 1 sampai sekarang kat universiti malaya..
hostel mesti akan dekat dgn penempatan monyet 
habeh barang monnyet ambik dan buang 

4.pensil case menipis

5.bising ketika tidur

6. mendengar lagu yang kuat ketika tidur
nie paling tak suka...

7. bear ada orang main


*apa-apa pun yang berlaku Allah jua yang Mengetahui 





excited to those things!


benda yang membuatkan saya excited dan suka tahap maksima

1.kedai buku
pernah mencapai 6 jam untuk pilih buku.. hehehe
walaupun berdiri duduk berdiri duduk 
pegang letak pegang letak
tapi 
say suka melakukannya.
hilang stress cek oi...

2.song cover
lagu yang dinyanyikan oleh bukan penyanyi asal
Cari kat you tube then download.. terlepas suda.
antara peberet cover azmi dan cumi..
Suara depa memang thumbs up

3.music
saya sgt mencintai music
#hehehe... 
dulu pernah mintak parents hantar pergi kelas piano..
*tapi saya bukan orang berada..
belajar gitar pon jadi la..
belajar sendirian.. 
kat you tube banyak ja tutorial
cikgu yang paling senang,
cari channel cumi
*tak berdosa selagi tidak melalaikan..

4. photografi
tetiba ja selepas DSLR jadi fenomena
tetiba jatuh cinta... huhuhuhu
sekarang masih belajar lagi...
baru setahun sebulan jagung

5.blogwalking
setiap hari kena buat blogwalking
hehehe..
blogger kesukaan saya:irene nadia dan mira mukhsin
sweet sangat okey!

6.makanan ringan
yang nie toksah dok ckp la..
otw tgh kurangkan..
kalau sebut asam,jeruk,keropok 
memang la suka..
tapi jgn dok ikut.. bahaya...
#saya suka makan asam kalau nk mengunyah..

7.kucing
suka kucing walaupun kat tepi jalan dia buruk dan comot..
kuikuikui
sebab dia dekat dgn manusia kan..
nak tahu cerita?
meh nak cerita kisah Rasullulah S.A.W dengan kucing baginda..
kucing Rasullulah S.A.W nie nama Muezza.
Baginda selalu meletakkan Muezza kat atas paha dan mengendong Muezza.
Satu hari,Rasullulah nak ambil jubah.. Muezza tidur atas jubah.. 
Rasullulah S.A.W potong bahagian yang Muezza tidur ..
Setelah baginda sampai di rumah semula,Muezza bangun dan menunduk kepada Rasullulah S.A.W
Sebagai balasannya,baginda lembut Muezza untuk nyatakan kasih sayang..
Sweet kan Rasullulah S.A.W

8.Kawen
excited bila orang yang kita kenal dekat dah kawin..
buka fb,undangan perkahwinan
buka msg,undangan perkahwinan..
=,=
Untung la..dah kawin
Allah dah tulis jodoh kita kat Loh Mahfuz kan?
Doakan saya juga...



Friday, 29 March 2013

Indahnya pertemuan,indahnya perpisahan


Indahnya pertemuan,indah juga perpisahan :)

kenapa? kerana Allah S.W.T.
Allah mempunyai perancangan yang lebih istimewa untuk kita..

Indahnya pertemuan kami kerana restu ibubapa --> Ibubapa itu talian redha Allah S.W.T.
mana mungkin hubungan itu Allah redha kalau ibubapa tak restu..
Alhamdulillah,saya bersyukur sebab satu ketika dahulu ada seorang lelaki yang pemalu dan pendiam berani untuk berjumpa dengan wali saya walaupun kami tidak pernah berjumpa sebelum itu... 

#tidak seperti yang dulu,bermain kata tapi tak berani bersua...

Indahnya juga perpisahan kami kerana Allah S.W.T
Walaupun masih punya ikatan,perhubungan ini tidak memerlukan komunikasi yang melalaikan kami..
Mana mungkin mampu bercinta sampai syurga Allah sedangkan kita melanggar perintah Allah.. 
nka jadi suami soleh dan isteri solehah pun takkan mampu .. sebab apa? kalau sekarang kita tak mampu nak didik diri ,mcmana nak didik keluarga.. :)

Alhamdulillah.Allah juga memberikan anugerah kepada saya mak dan ayah yang sgt memahami situasi sekarang.. masih menjalin hubungan dengan si dia... 

Alhamdulillah juga saya bersyukur hadirnya Muhammad yang memahami keadaan saya yang masih baru dalam mengenal Allah dan Islam... terima kasih kamu :)
yes! dulu kami pernah terkandas dalam cinta lalai... seperti org lain...
Situasi ini berubah apabila saya mula mengenakan tudung...

hati saya sgt tenang skrg dengan perpisahan ini... Inilah indahnya perpisahan kerana Allah Taala....
ketenangan yang tak mampu diungkapkan... 

"mengapa tidak bersabar dengan haram sementara untuk halal selamanya"

Satu hari nanti saya akan menjadi yang halal buat kamu sampai syurga Allah..



Selamat malam...
jom  baca Al mulk..







terima kasih guru /cikgu


peristiwa dah lama,tapi tak sempat nak tulis...
hahahaha

masa cuti semester pertama yang sebulan tu... cikgu form 6 ada wat satu perjumpaan..
tahukah apa perjumpaan itu?
jeng...jeng...jeng

cikgu belanja kami makan KFC

*kfc ja?

kfc tu memberikan berjuta makna kat kami :D 
kenapa?
sebab terlihat keikhlasan dan syg cikgu kat kami semua :'( touching p sat 

tapi series.. time tu rasa mcm Allah saja yang mmpu membalas jasa cikgu..


terima kasih cikgu atas segala...

p/s: pengorbanan seorang guru membuatkan diri ini tersedar... guru itu umpama lilin.. 
rela membakar diri

seorang guru hanya merasakan dirinya berjaya apabila anak didiknya berjaya.. 

Ya Allah,berkatilah guru-guru kami ..

menu peak season #2-nasi kerabu kota bharu


menu peak season #2 yang mendapat tempat di hati ialah nasi kerabu kelantan...

Time kat Langkawi tak makan sgt sebab depa suka letak warna kat nasi...
Sampai ja kat Kota Bharu Keknis dan husband bawak p makan nasi kerabu..

Pelik.. nasi dia warna mcm nasi lemak...
pastu kawan budak Kelantan pun terang la.. nasi kerabu nie ada yang biasa dan warna.. 
tapi rasa dia sama ja =,=
hehehe
lapaq lagi..hehehe
Sedap:sampai habis + lapaq....

kat kota bharu,nasi kerabu dia boleh dapat lauk panas..
kira mcm makan nasi kerabu panas la.. 

pastu ada mcm cili yang besar = solok lada
ambik kat google(tak sempat nak ambik)
jeruk bawang putih(suka3)
yang bahagian kanan..
makan satu-satu...

#Hari tu saya makan dengan ayam bakar#

#peristiwa lucu: ada yang bersuara ketika makan "budu tu rasa dia mcamana"

jawapan:
dalam nasi awak tu ada budu :)

===rasa macam tu la...


Done! kenapa makanan? sebab suka makan..


Alhamdulillah... benarlah "lain padang,lain belalang"

Semoga Allah meredhai kita semua.. :)


love:
nabilah


Thursday, 28 March 2013

=,= please poeple




bawak p merata vs menikah

:) 
muhasabah... hehehe..


diamkan pandangan tipikal :

-nak bg isteri makan apa keja pon tak tetap lgi
-muda lg,kawen wat apa tak tau,bla..bla... bla.
-kenduri bsaq mana..

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
please poeple,...
 open your heart,mind..see what unseen,hear what unheard
Mahu anak muda menerima cinta jijik dan kotor seperti kata kak dina
atau 
cinta suci

lagi 1: 
ayat yang sgt meruntun jiwa:
"jgn bagi anak kawen masa belajaq la, nanti tak leyh nak belajaq"

#kita pelik melihat orang muda yang berkahwin ketika muda malah belajar.tetapi lumrah budaya kapel dalam kalangan anak muda :)

Tandanya: Islam semakin jauh dalam diri...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
2 benda yang merosakkan hati:
kebendaan:
-Orang dulu tanya: dah khatam AlQuran belum
vs
dah ada rumah, keta, bla bla bla

bangsa:

orang kaya
vs 
orang miskin
alasan tipikal: nak hidup mcmana kalau kawin dengan org miskin..

Dalam tak sedar,kita dalam situasi ini.
-majlis kawen besaq,hantaran? toksah cakap..
tapi
bab agama kecik ja kita tgk..

#mampu nak beli kemewahan , tapi tak mampu nak beli hati..

-Duit,wang,kekayaaan boleh beli segala tapi belum tentu boleh erti nikmat Allah
*berapa ramai orang yang kaya tidoq kat dalam air cond tapi tak lena; sebab dok pkiaq hutang byk,tak kira lagi dok makan R, 
vs
berapa ramai orang miskin yang tidoq lena walaupun beralas tgn,kipas angin buruk

Sebab apa? 

"kaya itu adalah jiwa "

rezeki tu semua daripada Allah
Rezeki Allah tak cepat satu saat dan tak lambat satu saat

Bersyukur:
Selalu kita ckp mcmnie "bersyukurlah org dah bg bla..." 
Tak guna bersyukur kepada manusia tapi pencipta manusia tak pernah nak sujud,ni kan pula bersyukur

Jom kita bermuhasabah
Anak-anak dididik dengan kebendaan... 
"besar nanti jadi.....,dapt gaji besar ,hidup senang"
vs
"besar nanti jadi orang yang berguna kpada agama"

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hanya sekadar bingkisan :)
tidak ada kena mengena dgn org lain..

P/S: Selamat pengantin baru yang ketiga kepada ayuni comel dan along?
Serta
sepupu saya taufik ? dan fatin segak
semoga Allah merahmati kalian dalam kasih sayangNya...
dan 
cinta kalian kekal sampai ke syurga Allah :)
 

kelantan #2

#Keterujaan berlaku pada ptg hari pertama kat kelantan.. :)

Nak tau dak? hari pertama kami dah p kat Pasar Siti khadijah tapi petg... tak sempat nak habiskan interview sebab dah ramai yang tutup kedai. kan3? Lepas itu apa yang jadi ------------> pantai cahaya bulan , makan cicah... (keknis yang ckp).. lebih kurang mcm pasembor...  Sgt awesome! tapi ramai orang...

 Malam tu pulak,keknis and husband belanja kami makan .
   Menu: tomyam putih
              ikan siakap    --merecik.... *rindu langkawi ... 
Lagi satu bnda penting: kami shopping jugak... 



#keterujaan jugak berlaku pada hari kedua :)
  
P pasar siti khadijah pagi-pagi.. dalam pkoi 11 lebih
Sebelum tu keknis bawak kami p makan budu.. *peberet* kat kampung kraftgn.... Sampai tak habeh la lauk tu.. hehehe...

Lepas tu mula drive p pasar siti khadijah untuk wat research... tapi tersilap langkah masuk kot bahagian makanan.. 
makanan kat kelantan ada sesetengah sama kat langkawi... tpi ada sesetengah dia tak penah jumpa dan makan..

Antaranya:
                                                  #lompat tikam :tak silap gula merah tambah santan.. pulut hijau.. yang wana            merah tu tak pasti..


                                                       #makcik tu cakap rumpai laut... *tak berani nak makan.. tpi mcm lattut ja..
#yang nie jadi peberet group kami esp:farhana.. sekali rasa p beli lagi...
kalau ikut pamplet dia tulis gula tarik. tapi kelantan panggil apa tah.
#kerabu kaki ayam - kat langkawi familiar bnda nie... Tpi kat tempat len tak tau la,.. nak upload jugak..hehehe
yang nie tak tau nama apa
nie asam... suma org mengunyah time dalam keta *


okey dah,esok pulak... leh update puas-puas sb tak payah study 
Esok exam woi! Doakan semoga saya berjaya :)

Mood: rindu kat budak nie
BUDOK NE SA TUJUH;)

Safe journey in Kelantan :)# 1

Assalamualaikum dan good days kepada semua readers yang sgt awesome!
hari nie,25 haribulan 3 2013-----> kenduri kawen madam ayuni dgn cikgu faizal... tak dapat balik.. sedih kot

Tak boleh balik Langkawi sebab ada kajian etnik di Kelantan..
Alhamdulillah,sampai di Kota Bharu setelah 8 jam lebih perjalanan daripada Kuala Lumpur.. Selesa? gerenti la tak ..sebab ambik tmpat duduk ekonomi... *nak demand tak boleh sb student lagi kan?..(PTPTN cukup makan ja kalau duduk kat UM nie..) Tapi perjalanan kali ni saya sgt suka sebab awesome dan comel.. hehehehe..

Sampai kat Kota Bharu daalm pkoi 6 pagi lebih... tapi sepanjang perjalanan ada  beberapa perkara yang membuatkan kami agak panik... terutamanya saya dan fina sebab kami duduk kat tingkat atas bahagian depan .. *Actually journey kami nie utk buat research etnik di Kelantan. .kami pergi dalam 8 orang.. tapi sorang ja kumbang.. jadi bodyguard... MR hafiz..

 nak tahu apa perkara itu?

1.Bas tetiba terhenti sebanyak 2 kali..
 kali pertama yang paling takut... bas tu tetiba terhenti dekat kawasan yang tak dapat dikenal pasti.. yang pasti gelap, tak dak lampu, kiri kanan hutan dan tak da keta lalu lalang :) *sadis! teringat cerita hantu yang dok men kat TB... memang tak lena la time tu... kali kedua terhenti tapi sat ja.. tapi tidoq tak lena juga..

2. bas hampir berlanggar dgn dengan bas yang lain...
nie paling sedap untuk dicerita... bas datang dari arah bertentang tetiba memicit hon... tak tau sebab apa...
* selepas sampai ke Kota Bharu masa mlm kedua 2 kami pon ceritap pengalaman 2 kat keknis dan husband.. ------> wujudlah cerita: kat kwasan tu sebenarnya ada gaung yang sangat curam :) nama dia bukit tujuh ka apa tah...
               ------>kat siti juga ada rumah Mona Fendey
              -------> berlaku kemalangan kat situ sebab selalu nampak benda kat tengah jalan...
  * hari balik tu tgk jalan 2.. ngeri.. Alhamdulillah tak jadi apa-apa sepanjang perjalanan... Ada brg2 kemalangan seperti rim moto, keta dsb.

update nie akan bersambung sebentar lagi
P/S: kalau rajin la...




           

Wednesday, 20 March 2013

Sunday, 17 March 2013

kursus pendakwah muda siri 2 #1

Assalamualaikum silebt readers yang sgt awesome dan sangat comel... Alhamdulilah.. :)

dah byk hari tak update blog kan3? malas? bukan malas la.. (ada sebab=-sebab tertentu)

Alhamdulilah sekali lagi..
Allah beri saya peluang dan kesempatan untuk menghadirkan diri dalam satu kursus yang sangat berharga ..
3 hari 2 malam bagi kami sebagai peserta sangat singkat sebab rasa macam banyak sangat ilmu yang tidak sempat dicapai ...

Masa mula-mula sampai..cantik sangat tempat nie.. nama dia Resort Alor Pangsun,hulu Perdek.. memang best sgt.. bilik dia sgt awesome...


*ada balkoni dengan pemandangan yang membuat hati jadi tenang.
  nie pandangan dari bilik kami (atas)

Ada tasik buatan kat depan bilik :)

kucen interframe...

mengenai aktiviti dia.. thumbs up ! saya pun tak sangka...penceramah mempunyai banyak ilmu yang kita tak tau..

Antara aktiviti:
dakwah kepada orang orang China
dakwah kepada orang India
dakwah kepada orang asli
Kewajipan berdakwah
Teknik-teknik berdakwah

Aktiviti lain: tidur... hehehe dan pergi mandi sungai sambil meredah hujan.

#makanan dia super duper sedap woooo...
  Esp: mushroom soup dia hotel pon kalah nah...

hari pertama: makan asam pedas macam kat kedah... kat KL first makan asam pedas 2... kalau dak asam pedas melaka ja...
hari kedua: Nasi ayam dan ayam percik... memang sangat sedap
hari ketiga:Nasi lemak

hehehehe...

Update ini akan bersambung..  :)

Terima majlis Agama Islam Selangor,pihak resort ,pmium dan peserta-peserta yang sangat baik dan awesome ..


Thursday, 14 March 2013

bila zina jadi mudah?

Bila zina menjadi mudah?
entri ini tercetus apabila terjumpa satu video yang agak lama "Bila Zina jadi budaya-MHI" Terima kasih kepada uploader...sekurang-kurangnya dah buka mata saya,anda dan kita semua sebagai sebiji bola bukan mekanisme jantung. Mengapa saya berkata begitu?

Ini teori yang diguna pakai semasa kelas sosiologi... Jika dilihat sebiji bola bulat ke mana dia bergolek bentuknya tetap bulat akan apa kena mengena dengan mekanisme jantung?

Allah telah menciptakan mekanisme jantung dengan pelbagai organ-organ yang sangat teratur.. contoh:Ada vertikal kiri,kanan,hempedu dan sebagainya.Setiap mekanisme ini melakukan fungsi yang berbeza-beza . :) paham?

berbalik kepada tajuk entri.
Dalam video itu memuatkan kisah yang saya sendiri pun tak jangka benda seperti ini sedang berlaku dalam remaja Malaysia dan Islam!... 

Sebak mendengar penghuni sebuah rumah perlindungan menceritakan pengalaman yang dilalui..
Adik berusia 17 tahun,mengandung ketika berusia 15 tahun.. :'(
LAgi sebak mendengar dia berkata dia berzina kerana dicabar oleh kawan-kawan sekolah yang pernah melakukan seks luar nikah!
Dia merasakan bahawa "kenapa kawan boleh,dia tak boleh?"
Selepas beberapa ketika,dia merasakan bahawa dirinya mengandung,kawan-kawan membantu untuk menggugurkan kandungan tetapi tidak berjaya... Makan nenas,air coke dan sebagainya... 15 tahun!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pengurus rumah perlindungan berkata :
beliau berasa sedih kerana sikap ibu bapa sendiri
Apabila menerima panggilan telefon,ada sesetengah ibu bapa menjawab "masalah biasa yang anak-anak lakukan sekarang" apabila ditanya ada permasalahan...

Ternyata: Zina menjadi budaya

Mengapa?
sebab agama jadi sumber sekunder :)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
zina itu budaya?
Saat ini  bukan perlunya mentelunjuk siapa
mungkin silap pelaku yang alpa
mungkin jua silap ibu bapa yang tidak sujud pencipta
mungkin jua silap kejiranan yang menjadi tuli dan buta

zina itu budaya?
Saat ini peluang di mana sahaja
di mastrik,barat,selatan, mahupun utara
Semuanya bisa!
Asalkan merasa akan nikmat sementara
dan penyesalan azab Allah Taala

Zina itu budaya?
Saat ini gengaman kiri adalah agama
berbanding gengaman kanan dunia
pedulikan adat dunia sahaja
Akhirat bila?
Bukan selama menongkat dunia

Zina itu budaya?
Tinggi maharnya
Tetapi murah maruahnya
Ah!
Apa pula mereka akan berbicara?
Pedulikan apa bicara mereka
Merelakan nikah halal nyatanya
atau merelakan zina haramnya

Zina itu budaya?
Sedarkah saya?
Sedarkah anda?
Sedarkah kita?



@copy right:Siti nabilah binti Che musa ,universiti Malaya,14 Mac 2013




Tuesday, 12 March 2013

Saya yang memilih jalan ini :)

Assalamualaikum silent readers yang sgt disayang Allah dan awesome*

18 haribulan nie result STPM dah nak muncul.. yes! rasailah kehangatan nak p ambik result... Don't worry dear,jika kita bersungguh minta dgn Allah kita akan dapat... :)

Okey nak cerita pasai STPm..
Tahun lepas dah ambik result.. hehehehe
#kebebelan yang tahap melampau,,hahahaha(it's not posible for woman)

Actually,saya berada di sini hari ini sebab saya yang pilih jalan ini berserta petunjuk Allah.. Mengapa?

Dulu,time first-first nak masuk pra U ramai yang bantah... (Ada kisah)
Pra U nie sebenarnya dah terpahat daripada form 4 lg... sebab apa? sebab Sejarah...kikiki
Walaupun result SPM tak dak cemerlang la secemerlang mcam Amalina Che Bakri tpi Alhamdulillah Allah bg rezeki atas usaha yang tidak seberapa kan?...

Lepas 2 isi upu dalam dilema... dapat la diploma sains pa benda tah (malas nak ambik tau)... kat UItm... masa tu mcam2 dgq... ada yang ckp pra u nie susah nak dapt U la.. susah nak keja la nanti tak standard la.. bla bla bla... Tpi tekad jugak di hati nak pakai kain hitam baju putih yang menjadi idaman sekian lama... pergh...* bangga woo...
Bukan depa pon nak belajaq,kita kan?

Dah bgtau kat semua orang kalau tak lepas temuduga maktab,tak mau p mana selain tingkatan 6 ^^(kalau dak sekarang nie mesti dok tgh bebaik dengan madam ayuni kat maktab) ---> berangan ja lebih.. sory madam... Tapi Allah bg petunjuk untuk stay kat form 6 jugak..hehehehe

Saya yang memilih jalan ini sebab Allah dah petunjuk dan saya sendiri yang pilih.. Alhamdulilah,walaupun bukan pelajar yang cemerlang.. Tapi minggu hadapan saya akan kembali ke sekolah lama saya yang sudah hampir 10 tahun saya tidak jejaki untuk memberi semangat kepada adik-adik yang dulunya saya pernah berada di situ.. InsyaAllah...

P/S: kepada adik-adik yang SPM tp minat STPM teruskan usaha... jgn dengar ckp orang..kepada adik-adik tersayang yang nak ambik result saya doakan yang terbaik buat kalian,kepada adik-adik yang baru nak exam,berusaha sehabis daya dan serah kepada Allah S.W.T

*Doakan kejayaan saya di sini dari segi akademik dan perjuangan yang masih belum selesai bersama sahabat-sahabat perjuangan ...






Thursday, 7 March 2013

pergantungan antara pengorbanan,komitmen dan tanggungjawab

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang sgt awesome...

tajuk kali ni pergantungan antara pengorbanan,komitmen dan tanggungjawab

Apa tu? hehehehe

Maksud dia pengorbanan tu memerlukan komitmen dan tanggungjawab
                   komitmen tu memerlukan pengorbanan dan tanggungjawab
                   tanggungjawab itu memerlukan pengorbanan dan tanggungjawab :)

                   *pening? sama la jugak.. hahahahaha
 okey ! actually i dont know how to explain this things.. But,I'll try my best to explain it..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mengapa saya mengatakan bahawa ketiga-ketiga elemen ini saling bergantungan?

Saya bg contoh yang mungkin sahabat-sahabat awesome akan faham iaitu makan..

Mengapa kita makan? sebab nak memenuhi keperluan kita sbg seorang manusia kan? Untuk cergas melakukan ibadat kepada Allah... :)

Macamana kita makan? menggunakan tangan kan?

bila kita makan? bila kita dah rasa cukup time untuk kita makan kan?

Apa kaitannya dengan tajuk di atas?
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
kita mengorbankan tenaga kita dan masa untuk pergi ambik makanan,letak lauk dalam pinggan.. bla..bla..bla..

kita memberikan komitmen kita dengan semaksimumnya untuk menyuapkan makanan dalam mulut,mengunyah,menelan dan sebagainya

Kita menunaikan tanggungjawab fizikal terhadap diri kita sendiri..

nampak kan? Setiap perkara itu memerlukan semua elemen ni...

lastly,
Impak daripada semua ini kita kenyanag dan mampu menjalankan aktiviti kita dengan baik kan?

p/S:untuk mendapatkan sesuatu itu memerlukan pengorbanan,komitmen dan tanggungjwab :)

love,
nabilah...



Saturday, 2 March 2013

suka memaksa atau dipaksa

Okey..hari ini kita bercakap tentang soal yang sangat serius.. #hahahahaha

Anda suka dipaksa? tak suka? Abeh tu ? kenapa suka memaksa... :)

Yes,kadang-kadang dalam keterpaksaan ini mendatangkan kebaikan kepada diri tpi andainya keterpaksaan yang perlu dibuat itu mendatangkan kemudaratan? #muhasabah

Mengapa perlu dipaksa untuk memiliki pakaian seperti itu?

Islam tidak pernah memaksa muslimatnya bertudung labuh.. Mengapa saya berkata demikian? Sebab aurat itu menutup kepala hingga ke dada,tutup bahu,pergelangan tangan,tidak ketat dna nipis untuk bahagian-bahagian tertentu agar dilindungi daripada yang haram melihatnya :) Sekolah kan ustazah dah ajaq..

Okey,
Mengapa perlu dipaksa untuk memiliki baju yang walaupun pada zahirnya menutup aurat tapi tidak sempurna?
Anda pasti akan berkata "nak tunjuk baik la 2, pakai serupa tu jugak "
Saya sendiri pernah memakai pakaian seperti  itu ketika di sini,tapi musliminnya kan terlalu ramai :)

#Muhasabah diri
Alangkah indahnya jika kamu menghormati cara kami berpakaian seperti mana kami menghormati cara kamu berpakaian :)
 Kita orang Islam kan ^^

*Tujuan entri ini ditulis untuk memohon secebis penghormatan kepada muslimat :)

Kalau dipaksa jugak... kami berjuang untuk mempertahankan hak kami sbg muslimat