Thursday 14 March 2013

bila zina jadi mudah?

Bila zina menjadi mudah?
entri ini tercetus apabila terjumpa satu video yang agak lama "Bila Zina jadi budaya-MHI" Terima kasih kepada uploader...sekurang-kurangnya dah buka mata saya,anda dan kita semua sebagai sebiji bola bukan mekanisme jantung. Mengapa saya berkata begitu?

Ini teori yang diguna pakai semasa kelas sosiologi... Jika dilihat sebiji bola bulat ke mana dia bergolek bentuknya tetap bulat akan apa kena mengena dengan mekanisme jantung?

Allah telah menciptakan mekanisme jantung dengan pelbagai organ-organ yang sangat teratur.. contoh:Ada vertikal kiri,kanan,hempedu dan sebagainya.Setiap mekanisme ini melakukan fungsi yang berbeza-beza . :) paham?

berbalik kepada tajuk entri.
Dalam video itu memuatkan kisah yang saya sendiri pun tak jangka benda seperti ini sedang berlaku dalam remaja Malaysia dan Islam!... 

Sebak mendengar penghuni sebuah rumah perlindungan menceritakan pengalaman yang dilalui..
Adik berusia 17 tahun,mengandung ketika berusia 15 tahun.. :'(
LAgi sebak mendengar dia berkata dia berzina kerana dicabar oleh kawan-kawan sekolah yang pernah melakukan seks luar nikah!
Dia merasakan bahawa "kenapa kawan boleh,dia tak boleh?"
Selepas beberapa ketika,dia merasakan bahawa dirinya mengandung,kawan-kawan membantu untuk menggugurkan kandungan tetapi tidak berjaya... Makan nenas,air coke dan sebagainya... 15 tahun!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pengurus rumah perlindungan berkata :
beliau berasa sedih kerana sikap ibu bapa sendiri
Apabila menerima panggilan telefon,ada sesetengah ibu bapa menjawab "masalah biasa yang anak-anak lakukan sekarang" apabila ditanya ada permasalahan...

Ternyata: Zina menjadi budaya

Mengapa?
sebab agama jadi sumber sekunder :)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
zina itu budaya?
Saat ini  bukan perlunya mentelunjuk siapa
mungkin silap pelaku yang alpa
mungkin jua silap ibu bapa yang tidak sujud pencipta
mungkin jua silap kejiranan yang menjadi tuli dan buta

zina itu budaya?
Saat ini peluang di mana sahaja
di mastrik,barat,selatan, mahupun utara
Semuanya bisa!
Asalkan merasa akan nikmat sementara
dan penyesalan azab Allah Taala

Zina itu budaya?
Saat ini gengaman kiri adalah agama
berbanding gengaman kanan dunia
pedulikan adat dunia sahaja
Akhirat bila?
Bukan selama menongkat dunia

Zina itu budaya?
Tinggi maharnya
Tetapi murah maruahnya
Ah!
Apa pula mereka akan berbicara?
Pedulikan apa bicara mereka
Merelakan nikah halal nyatanya
atau merelakan zina haramnya

Zina itu budaya?
Sedarkah saya?
Sedarkah anda?
Sedarkah kita?



@copy right:Siti nabilah binti Che musa ,universiti Malaya,14 Mac 2013




No comments:

Post a Comment